ISNIN, 06 OGOS - Kira-kira 1,000 warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan program Gotong Royong Perdana 2018 yang berlangsung di sekitar UMS baru-baru ini.
Bertemakan “Plogging: Pengalaman Kampus Hijau”, ia merupakan inisiatif bersama Pusat Pengurusan EcoCampus dan Pejabat Canselori UMS.
Acara yang bermula kira-kira pukul 2.30 petang itu, dibahagikan kepada tiga zon pembersihan yang telah ditetapkan mengikut Jabatan, Fakulti, Institut dan Bahagian (JFPIB) UMS.
Ia antara lain dianjurkan bagi meningkatkan keprihatinan dan komitmen keseluruhan warga UMS dan para pemegang taruh terhadap kelestarian, kebersihan dan keselesaan kampus.
Selain itu, ia bagi memupuk gaya hidup sihat, cergas dan ceria dalam kalangan warga UMS dan para pemegang taruh sekali gus mewujudkan dan terus mengekalkan persekitaran kampus UMS yang lestari, bersih, selesa, selamat, sihat dan ceria untuk semua.
Dalam masa yang sama, ia juga bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama warga UMS dan para pemegang taruh dari pelbagai latar belakang dan peringkat perjawatan.
Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Rasid Mail mewakili Naib Canselor UMS.
Pada program itu, Zon 3 yang terdiri daripada kawasan Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Sumber Alam, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, SUKSIS, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Pusat Rawatan Warga, Pusat Sukan, PALAPES, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Pusat Pengajian Pascasiswazah, Bahagian Perkhidmatan Akademik dan Kolej Kediaman Excellent diumumkan sebagai penerima pengiktirafan Sebutan Khas Naib Canselor UMS.
Zon itu dipilih selepas mendapat penilaian tertinggi berdasarkan jumlah kutipan sampah sarah, kedinamikan gotong-royong, etika gotong-royong dan indeks kegembiraan gotong-royong.
Hadir sama pada program tersebut Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus, Kueh Boon Hee dan Ketua Pejabat Canselori UMS, Stella @ Nurul Martini Gontol.
Untuk rekod, plogging merupakan satu trend terbaharu seantero dunia yang menyaksikan para pencinta alam menggabungkan larian dengan tindakan mengutip sampah sepanjang laluan.
Perkataan plogging adalah gabungan perkataan “jogging” (lari-lari anak) dan “plocka upp” yang bermaksud mengutip dalam bahasa Sweden.



JUMAAT, 03 OGOS - Seramai 150 pelajar calon peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Malawa, Kota Kinabalu menyertai program Selangkah Ke Menara Gading yang dianjurkan bersama oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan sekolah tersebut kelmarin.
KHAMIS, 02 OGOS - Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Taman-Taman Sabahmenganjurkan Program Pendidikan Alam Sekitar Berasaskan Cendawan Taman Kinabalu 2018 di Taman Kinabalu baru-baru ini.
KHAMIS, 2 OGOS - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjayakan Retreat Akademik yang melibatkan pengurusan fakulti, ketua program dan wakil dari pusat kecemerlangan universiti yang terlibat.
KHAMIS, 2 OGOS – Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) buat julung kalinya telah menyertai pameran berkaitan pendidikan awal kanak-kanak bersempena dengan Persidangan Antarabangsa Pacific Early Childhood Education Research Association (PECERA) 2018 di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak baru-baru ini.