ISNIN, 16 APRIL - Empat mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mewakili negara ke Pertandingan World Of Championships of Performing Arts (WCOPA) 2018 di California, Amerika Syarikat pada 06 Julai depan.
Pencapaian itu terhasil atas kejayaan cemerlang ketika menyertai empat kategori WCOPA peringkat kebangsaan yang berlangsung di South Gateway Mall, Bangsar Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada pertandingan tersebut menyaksikan Dayang Nurazreen Salbador dinobatkan sebagai juara Kategori Vokal melalui lagu bertajuk Kurniaan Dalam Samaran sekali gus membawa pulang medal emas dan biasiswa bernilai USD3,000 daripada WCOPA.
Medal emas yang kedua dimenangi oleh Quenner Mitchell yang memainkan muzik tradisi Sabah melalui Kategori Muzik Instrumental Bamboo (Binabad) sekali gus menerima biasiswa USD1,500.
Quenner turut meraih medal emas bagi Kategori Tarian Duet Lelaki dan Perempuan bersama pasangannya yang juga mahasiswa UMS Keren Len John.
Kejayaan itu membolehkan mereka dinobatkan sebagai pemerima biasiswa bernilai USD3,000.
Walau bagaimana pun Quenner dalam Kategori Duo Lelaki dan Lelaki hanya mampu meraih biasiswa USD1,500 bersama pasangan duo Merald Omel Redick.
Namun kesemua mereka tetap bersama-sama untuk mewakili negara pada kejohanan peringkat dunia di California.
Turut menyaksikan pertandingan peringkat kebangsaan, Pensyarah Pembimbing dari Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Sharip Zainal Sagkif Shek, Artis Budaya Kanan UMS, Norain Abd Razak dan Artis Budaya, Ahmad Rafiandie Awang.



JUMAAT, 13 APRIL - Kira-kira 100 warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengikuti Latihan dan Pembangunan Kakitangan siri 2/2018 yang dianjurkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) kelmarin.
JUMAAT, 13 APRIL – Nama Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan kerap kelihatan terbang di ruang udara bersama penerbangan MASwings, apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk meletakkan logo korporat UMS bersama motto ‘Bertekad Cemerlang’ pada pesawat MASwings.
KHAMIS, 12 APRIL – Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada hari ini telah memeterai satu perjanjian kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU) bersama Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) yang akan memfokuskan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ilmu perubatan.
KHAMIS, 12 APRIL - Seramai 75 kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan 23 pelajar Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) UMS mengikuti Latihan Kecemasan Ancaman Bom anjuran Pusat Islam UMS (PIUMS) dengan kerjasama Pasukan Pemusnah Bom, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid UMS, kelmarin.