KHAMIS, 09 NOVEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini bagi kerjasama dalam beberapa bidang termasuklah berkaitan pembangunan kampus pintar.
Majlis pertukaran dokumen MoU diadakan di Kuala Lumpur sempena program Huawei Asia-Pacific Innovation Day dengan disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Dato’ Seri Ong Ka Chuan; dan Ketua Pegawai Eksekutif Bergilir (Rotating) Huawei, Guo Ping.
Pada majlis tersebut UMS diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin, manakala Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Abraham Liu Kang.
Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Tun Azmi dan Presiden Huawei bagi Wilayah Asia Tengah dan Caucasus, Liu Hongyun.
Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dalam satu kenyataan kemudiannya berkata, kesediaan pihak Huawei untuk menjadi rakan industri UMS adalah amat dialu-alukan.
“Sebagai sebuah universiti ke arah proses Transformasi Universiti/Industri (IR) 4.0, pelbagai inisiatif telah dan sedang dirancang.
“Ini termasuklah pembangunan kampus digital dan mereka bentuk semula kurikulum prasiswazah mengikut keperluan IR 4.0,” katanya.
Menurut beliau, kerjasama akademia dan pihak industri seperti Huawei ini adalah penting untuk membantu UMS dalam merealisasikan agenda IR 4.0.
“Harapan saya, dengan kerjasama ini akan dapat meningkatkan lagi kapasiti dan keupayaan UMS untuk menghadapi era IR 4.0,” tambah Prof. Datuk Dr. D Kamarudin.



KHAMIS, 9 NOVEMBER - Sabah memiliki kepelbagaian flora dan fauna yang perlu dipelihara dan dilindungi bagi memastikan ianya tidak pupus dan dapat diwariskan kepada generasi akan datang
RABU, 8 NOVEMBER – Seramai 32 mahasiswa Tahun 3 Program Hubungan Antarabangsa dan Geografi, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Goin’ Green Day 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya, Kota Kinabalu baru-baru ini.
RABU, 8 NOVEMBER - Tiga pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan antara 15 pelajar dari Institut Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia yang terpilih dan berjaya mengikuti program Huawei Seeds For The Future di Shenzhen, China baru-baru ini.
RABU, 7 NOVEMBER - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) menjadi satu lagi jabatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang melaksanakan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda komitmen terhadap membudayakan amalan integriti dan mencegah rasuah dalam tugasan seharian.