ISNIN, 19 JUN - Majlis Profesor Negara (MPN), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan mesyuarat pertamanya di bawah Kluster UMS, baru-baru ini.
Ia dipengerusikan oleh Pengerusi MPN UMS, Prof. Dato’ Mohd. Hamdan Adnan.
Pada majlis itu, Dato’ Hamdan berkata, MPN diperkenalkan bagi tujuan membangunkan pendidikan dan bertindak sebagai badan induk bagi para profesor yang berkhidmat di universiti tempatan.
"MPN adalah sebuah majlis untuk kita (profesor dan ahli akademik), seperti mana kita mengambil berat tentang pembangunan pengetahuan dan akademik," katanya.
Beliau juga berkata, dalam MPN terdapat 16 jumlah kluster iaitu Kluster Pendidikan dan Pembangunan Manusia; Kluster Ekonomi dan Pengurusan; Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa; Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya; Kluster Sains dan Matematik; Kluster Kejuruteraan, Teknologi dan Alam Sekitar; dan Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Kluster selebihnya ialah Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan; Kluster Industri dan Inovasi; Kluster Pertanian dan Makanan; Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan; Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam; Kluster Utiliti Negara; Kelompok Projek Khas Negara (Media, Demokrasi dan Sistem Pilihan Raya); dan Kelompok Projek Kebangsaan Khas (Institusi Pendidikan Tinggi Swasta - IPTS).
Mesyuarat itu dirasmikan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.



ISNIN, 19 JUN - Kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut menjayakan kempen Malaysia QuranHour, bacaan Al-Quran selama sejam bermula jam 12.00 tengahari serentak di seluruh Malaysia hari ini.
JUMAAT, 16 JUN - Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa berusaha meningkatkan kebolehpasaran graduannya di peringkat antarabangsa melalui pelbagai kerjasama mobiliti dan latihan industri bersama beberapa syarikat dan agensi di luar negara.
KHAMIS, 15 JUN - Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Unit Warisan Penyelidikan Borneo (UWPB) menandatangani Surat Niat (LoI) bersama Department of Indigenous Affairs (DIA), Taoyuan City Government, Taiwan.
KHAMIS, 15 JUN – Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin dilantik sebagai Naib Canselor UMS ke-5 berkuat kuasa 18 Jun 2017.