JUMAAT, 2 JUN – Program Hari Industri anjuran Kelab Psikologi Industri dan Organisasi, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah baru-baru ini mampu menjadi platform khusus buat siswa-siswi UMS mendalami peluang-peluang kerjaya dan kepelbagaian industri yang terdapat di negeri ini.
Pensyarah Kanan FPP, Dr. Ismail Maakip ketika merasmikan penutupan program tersebut berkata, program yang dianjurkan buat julung kalinya itu adalah wajar bagi merapatkan lagi jurang di antara dunia akademik dan dunia industri.
“Ini mampu memberi pendedahan secara praktikal buat pelajar, dan pengalaman yang mereka peroleh ini penting agar mereka mampu bersedia untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan masa kini dan lebih berdaya saing,” katanya.
Ujar beliau, para pelajar perlu memanfaatkan peluang kehadiran syarikat daripada pelbagai bidang industri ini dengan sebaiknya untuk mendapatkan pendedahan berkaitan ruang kerjaya dalam sesebuah industri, dan menimba ilmu pengetahuan berkaitan perkembangan kerjaya melalui slot perkongsian kerjaya daripada Maybank.
Program dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Seri Angkasa dan Maybank ini menyaksikan penyertaan slot pameran kerjaya daripada pelbagai syarikat antaranya Hotel Le’ Meridien, EZ Money Express, Borenos Fried Chicken, Amazing Borneo, Great Eastern, Prudential Insurance, G & A Corporate Services dan Maybank.



KHAMIS, 1 JUN - Kelab Ekonomi Sumber Manusia (HUREC), Fakulti Perniagaan, Ekonomi, dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan program Khidmat Masyarakat di Rumah Anak-Anak Yatim, Darul Bakti, Kota Belud baru-baru ini.
KHAMIS, 1 JUN - Persatuan Mahasiswa Psikologi dan Pendidikan (PERMAPS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil inisiatif untuk membudayakan semangat cintakan ilmu di samping mempromosikan bidang psikologi melalui penganjuran program Klinik Psikologi sepanjang Semester 2 Sesi 2016/2017.
ISNIN, 29 MEI – Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) telah menganjurkan Bengkel Penghayatan Ramadan 1438H/2017M dan Kempen Derma Darah Universiti Malaysia Sabah baru-baru ini.
ISNIN, 29 MEI – Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi satu titik permulaan buat pelajar asasi sains UMS memperkukuhkan asas dalam bidang sains dan teknologi.