SELASA, 11 OKTOBER - Exco Hubungan Korporat, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman E telah mengadakan program sekolah angkat siri IV bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek Kota Marudu baru-baru ini.
Program selama dua hari itu merupakan kesinambungan daripada siri-siri sebelumnya bersama sekolah berkenaan dengan melibatkan 48 ahli jawatankuasa pelaksana Kolej Kediaman E dan 40 peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima.
Menurut Pengetua kolej, Dr. Syahruddin Awang Ahmad ketika dihubungi, program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar UMS berkenaan aspek kemanusiaan dan kesedaran masyarakat.
“Kita kongsi dan beri pendedahan mengenai kehidupan sebagai seorang mahasiswa kepada para pelajar sekolah menengah supaya mereka lebih bersedia apabila melanjutkan pelajaran di peringkat universiti kelak,” ujarnya.
Tambah beliau, program tersebut juga mampu menjadi medium kukuh antara pihak UMS dan sekolah mengenai hala tuju dan pendidikan anak bangsa.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan termasuklah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), slot motivasi dan beberapa aktiviti yang melibatkan kemahiran insaniah pelajar.
Turut hadir, Timbalan Pengetua Kolej kediaman E, Mohd Hilmey Saili.
Sumber: JAKMAS Kolej Kediaman E



TUESDAY, 11 OCTOBER – A collaboration between Universiti Malaysia Sabah (UMS) and Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) had resulted in the publication of a book on Sabah ethnics, ‘Tinimungan Tangon Kadazandusun’.
SELASA, 11 OKTOBER - Penganjuran Hari Sukan Negara peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapat sambutan mengalakkan apabila berjaya menarik penyertaan hampir 4,000 pelajar dan kakitangan UMS.
ISNIN, 10 OKTOBER - Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah menganjurkan Seminar Interaktif Peringkat Kebangsaan: Penyalahgunaan Bahan, Smart Sharing Programme (SHARP 2016) baru-baru ini.
ISNIN, 10 OKTOBER - Guru Besar Bidang Ilmu Pembangunan Ekonomi Industri dan Kebijakan Publik, Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Nasional Indonesia (UNAS), Prof. Dr. Yuddy Chrisnandi menyenaraikan lima senario untuk kerjasama pintar Malaysia-Indonesia.