29 JULAI 2016, JUMAAT - Hala tuju yang jelas dan komited merupakan dua tunjang yang mendasari kejayaan Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik UMS (PPUMS) dalam memastikan objektif persatuan itu tercapai.
Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr Mohd Harun Abdullah, sepanjang 11 tahun PPUMS ditubuhkan, beliau melihat persatuan tersebut mempunyai hala tuju yang jelas selain komited terhadap objektif persatuan, membolehkan PPUMS terus bergerak aktif sebagai antara persatuan di UMS yang mampu membawa manfaat kepada para ahlinya.
“Saya menyarankan agar PPUMS bergerak pantas untuk kekal relevan sebagai persatuan yang disegani, baik oleh para ahli, dalam kalangan pegawai dan warga UMS yang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Mesyuarat Agung Tahun (MAT) ke-10 PPUMS di Bankuasi, Dewan Canselor, UMS. Turut hadir Pendaftar UMS, No’man Hj. Ahmad; Ketua Pustakawan, Dayang Rukiah Ag. Amit, dan Presiden PPUMS, Azmi Jumat.
Datuk Harun menambah, di samping memperjuangkan kebajikan para ahli, PPUMS juga harus menitikberatkan penambahbaikan dalam soal membantu UMS menyampaikan dasar-dasar yang dibuat oleh universiti, selain bertindak sebagai role model kepada kakitangan sokongan.
Pada mesyuarat agung itu, Jawatankuasa Eksekutif PPUMS telah membentangkan laporan berkenaan perkembangan terkini persatuan di samping membawa beberapa usul untuk dibincangkan.
Mesyuarat diakhiri dengan majlis sambutan Aidilfiri yang diserikan dengan kehadiran semua ahli dan tetamu kehormat.



KHAMIS, 28 JULAI – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan ‘#Meriah Bah Raya’ sempena Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Persekutuan Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) baru-baru ini.
KHAMIS, 28 JULAI - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah sentiasa menitikberatkan aspek semangat kerja berpasukan, disiplin dan keharmonian untuk memastikan UMS terus maju ke hadapan.
RABU, 27 JULAI – Para penyelidik Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menyahkodkan genetik kedua-dua Nanas MD-2 dan jenis dari Babagon tempatan, yang terkenal seluruh dunia.
KHAMIS, 21 JULAI – Kursus e-Usahawan anjuran Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mempelajari ilmu keusahawanan digital dalam memasarkan produk hasil kerja tangan, sekali gus membantu menjana pendapatan yang lumayan.