RABU, 25 MEI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) terus bersama-sama menjayakan sambutan Hari Perhutanan Sedunia (HPS) peringkat universiti dalam usaha menanam dan terus menerapkan budaya prihatin dalam kalangan warga kampus mengenai kepentingan mengekalkan kawasan hutan yang ada di Negeri Sabah.
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, kesedaran bagi menjaga dan memelihara khazanah hutan ini turut diterjemahkan di peringkat dunia menerusi sambutan Hari Perhutanan Sedunia serta Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada setiap tahun.
“Apa yang kita harapkan adalah kedua-dua hari penting ini akan terus disambut secara besar-besaran supaya semangat sayangkan hutan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda dari peringkat sekolah lagi, “katanya ketika berucap mewakili Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah sempena sambutan HPS di Perkarangan Kompleks Perhutanan, FSSA UMS.
Menurutnya lagi, pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan dengan usaha menyayangi, melindungi, memelihara dan memulihara hutan dan alam sekitar seperti acara penanaman pokok-pokok hutan hendaklah terus diperhebatkan dan dijadikan sebagai aktiviti utama setiap tahun.
Bersempena sambutan tersebut, beberapa acara turut diadakan antaranya acara Larian Rimbawan, penanaman pokok, pameran dan inovasi hasil penyelidikan perhutanan, dan sesi ceramah berkaitan bidang perhutanan yang turut mendapat penyertaan daripada beberapa pelajar sekolah menengah. -MA-



SELASA, 24 MEI - Rentas Borneo 2016 (RB16) yang memasuki tahun ketiga penganjurannya kali ini akan menjelajah ke pedalaman negeri Sabah dengan membawa misi community engagement yang sinonim dengan matlamat ekspedisi ini.
SELASA, 24 MEI – Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini melancarkan Koleksi Sheikh Abdul Razak Sheikh Mahmood yang akan menyimpan buku-buku berkenaan perniagaan, ekonomi dan perakaunan, bertempat di Perpustakaan UMS.
ISNIN, 23 MEI - Seramai 66 Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) menjalani program Latihan Medan yang diadakan di Pusat Kawalan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Labuan, baru-baru ini.
JUMAAT, 20 MEI – Siswa-siswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) disaran agar berusaha mencapai keseimbangan dalam bidang akademik mahupun sahsiah diri.