RABU, 6 APRIL – Kelab Surirumah dan Staff Wanita (KESUMBA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah yang juga Penaung KESUMBA, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri RM Jasni, di Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini.
Delegasi seramai 10 orang itu diketuai Yang Dipertua KESUMBA, Datin Baidah Ibrahim yang kemudiannya memperkenalkan ahli-ahli exco baharu serta memberi taklimat tentang aktiviti kelab kepada Toh Puan Norlidah.
Toh Puan Norlidah mengucapkan tahniah kepada barisan exco yang baru dilantik dan berharap agar terus memainkan peranan secara aktif dalam membantu KESUMBA meneruskan pencapaian yang baik.
Beliau juga menekankan perlunya membantu mereka yang kurang bernasib baik, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kelab tersebut.
Turut serta dalam kunjungan itu ialah Timbalan Presiden Kelab, Roha Asmara; Setiausaha Kehormat, Norti Sirin dan Pengerusi KESUMBA Kampus Antarabangsa Labuan, Hayati Salleh Baihaki. – FL
Photo: Suzeanywati Gasinin



RABU, 06 APRIL - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyemarakkan lagi tahun Pengkomersialan Malaysia 2016 dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Malaysia Innovation Hub (MIH).
SELASA, 05 APRIL – Universiti Awam (UA) sentiasa memainkan peranan penting membantu kerajaan dan masyarakat merapatkan jurang digital di negara ini.
SELASA, 05 APRIL - Seramai 60 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai Program Showcase Talent anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Persekutuan Negeri Sabah dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda UMS, baru-baru ini.
ISNIN, 4 APRIL - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) telah menganjurkan program “Selangkah Ke Menara Gading Siri 2” baru-baru ini, yang menyasarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan enam dan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sekolah sekitar Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.