Warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan solidariti terhadap perjuangan pembebasan negara Palestin menerusi Perhimpunan Free Palestine Alumni UMS yang diadakan di Dewan Canselor, UMS.
Perhimpunan yang menampilkan lima Alumni UMS yang telah menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), iaitu Heliza Helmi, Sul Aidil, Johan Muhammad, Khairul Yunus dan Nadir Al-Nuri dihadiri lebih 500 warga staf dan pelajar UMS, serta orang awam.
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor dalam ucapannya berkata, kehadiran kelima-lima alumni UMS itu bukan sekadar memeriahkan majlis, tetapi melambangkan keberanian, keikhlasan dan pengorbanan.
“Mereka sanggup meninggalkan keluarga, menempuh risiko keselamatan dan cabaran emosi demi membela maruah dan hak rakyat Palestin.
“Mereka ini adalah kebanggaan UMS, dan semangat mereka mencerminkan roh universiti ini, iaitu berilmu, berjiwa besar, dan berperikemanusiaan.
“Semangat Sumud yang dibawa iaitu ketahanan, ketabahan dan semangat untuk terus teguh walau diuji demi kebenaran dan kemanusiaan, harus menjadi inspirasi kepada seluruh warga UMS,” katanya.
Kasim turut menyeru agar masyarakat terus mendoakan keamanan untuk subur di bumi Palestin.
“Mudah-mudahan, apabila keamanan itu tiba, pelajar-pelajar dari Palestin akan datang ke UMS bukan sebagai pelarian perang, tetapi sebagai duta ilmu, kedamaian dan kemanusiaan.
“Semoga UMS terus menjadi universiti yang bukan sahaja unggul dalam akademik, tetapi juga berjiwa besar dalam memperjuangkan erti kemanusiaan — The Brain of Borneo, with a Heart for Humanity,” ujar beliau.
Acara perhimpunan tersebut turut menampilkan deklamasi puisi oleh Dr. Mashor Awang Long, tayangan montaj khas Palestin, persembahan lagu kemanusiaan oleh Heliza Helmi, serta perkongsian pengalaman menjayakan misi kemanusiaan GSF oleh kelima-lima alumni UMS.
Bacaan doa dan Qunut Nazilah turut mengiringi laungan takbir dan “Free Palestine” sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan pembebasan dan usaha kemanusiaan di bumi Gaza, Palestin.



Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melaksanakan program pemindahan ilmu kepada komuniti melalui Program Living Lab (Makmal Hidup) Penyediaan Makanan yang diadakan di Hotel Lab, FPEP UMS, baru-baru ini.
Keazaman dan pengorbanan seorang ayah tunggal menjadi sumber kekuatan kepada pelajar cemerlang, Xaverie Faye Pansiol, apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor sempena Majlis Tamat Asasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2024/2025 baru-baru ini.
Seramai 440 pelajar lepasan Program Asasi Sains, Asasi Teknologi Maklumat dan Asasi Agrisains diraikan dalam Majlis Tamat Asasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2024/2025 yang berlangsung di Dewan Canselor, UMS baru-baru ini.
Penganjuran forum bertemakan Net Zero Borneo: Innovating for Sabah’s Environmental Legacy yang menghimpunkan penggubal dasar, ahli akademik dan pemimpin industri di Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu memperkukuh kerjasama ke arah masa depan Borneo neutral karbon.