gema ciptaSELASA, 25 OGOS – Program Muzik, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa para penggiat seni muzik tempatan untuk menyertai Pertandingan Gema Cipta UMS 2015.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan program tersebut, pertandingan terbuka kepada seluruh warganegara yang tinggal di Sabah tanpa mengira umur dan latar belakang.

Pertandingan kali ini membebaskan para peserta untuk memilih tema lagu mengikut cita rasa masing-masing sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris asalkan tidak mempunyai unsur-unsur negatif.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap lagu dan jumlah penyertaan adalah tidak melebihi tiga buah lagu untuk setiap seorang.

Pendaftaran yang menjanjikan hadiah lumayan berupa wang tunai dan sijil telah pun dibuka dan tarikh tutup penyertaan adalah 28 September 2015.

Keterangan lanjut juga boleh diperoleh dengan menghubungi 012-8296183 (Alex) atau 013-5580137 (Otnel), atau melayari Facebook rasmi Gema Cipta UMS 2015.

Dalam pada itu, Ketua Program Muzik FKSW UMS, Roslee Haji Wahid ketika dihubungi menyokong penuh terhadap acara tersebut yang disifatkan sebagai satu pertandingan yang dinanti-nanti ramai komposer dan penggiat seni di Sabah setiap tahun.

Katanya, penganjuran pertandingan itu bukan sahaja mampu memberi impak positif kepada pelajar muzik di FKSW UMS tetapi dalam masa sama sebagai medium bagi penggiat seni dan pemuzik di Sabah untuk berkarya dan menonjolkan bakat masing-masing.

“Harapan saya agar pertandingan seperti ini akan terus berkesinambungan bagi mencungkil lebih ramai bakat-bakat baru sekali gus menyemarakkan industri muzik dan seni tanah air,” ujarnya.

Acara kemuncak Pertandingan Akhir Gema Cipta UMS bakal berlangsung di Dewan Resital UMS pada 24 Oktober 2015 yang menyaksikan persembahan 10 finalis yang akan berentap seawal jam 7.00 malam.

Pertandingan yang akan diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan termasuk pelajar-pelajar Program Muzik UMS diadili komposer dan pemuzik profesional di Sabah. –SS

Sumber: Program Muzik FKSW

fssa seminar puliharaSELASA,25 OGOS - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mengadakan Seminar Antarabangsa Hutan Tropika (Penderiaan Jauh) di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Seminar itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 40 peserta terdiri daripada ahli-ahli akademik, pelajar, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pihak-pihak yang berkaitan.

Berlangsung selama sehari, seminar itu dikendalikan penceramah berpengalaman iaitu Profesor Emeritus Dr. Wolfgang-Martin Boerner dari  Universiti Illinios,Amerika Syarikat serta pensyarah FSSA UMS, Dr. Keiko Ioki dan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Alexius Korom.

Dalam pada itu, Dekan FSSA, Prof Dr. Baba Musta dalam ucapannya berkata, penyahhutanan dan degradasi hutan tropika di Asia Tenggara boleh menyebabkan isu-isu yang serius seperti pelepasan karbon dan kehilangan biodiversiti.

“Justeru, seminar antarabangsa ini akan memberi penekanan penggunaan teknologi pemerhatian bumi dengan satelit gelombang mikro, iaitu teknologi yang sangat penting untuk mencarap maklumat secara konsisten tanpa dipengaruhi keadaan cuaca pada skala global,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan pengerusi seminar,Prof. Madya Dr. Phua Mui How.

Dr. Baba berkata, teknologi penderiaan jauh memainkan peranan penting dalam memahami dan memantau isu-isu itu pada skala yang besar. 

“Oleh yang demikian, seminar ini juga akan menyentuh mengenai satelit resolusi tinggi dan penderiaan jauh udara yang memberikan kita maklumat terperinci tentang permukaan bumi di kawasan-kawasan tertentu. 

“Saya percaya bahawa penggunaan teknologi penderiaan jauh akan menarik minat di antara mereka yang terlibat dalam pemuliharaan dan pengurusan hutan tropika,” tambahnya lagi.

Dr. Baba turut mengalu-alukan kehadiran semua peserta sambil melahirkan rasa terima kasih atas kesudian Dr. Wolfgang menerima jemputan dan menjadi penceramah pada seminar berkenaan.

“Kami mengharapkan agar para peserta mengambil peluang yang sebaik mungkin dalam menimba ilmu dan pengalaman agar kita terus dapat bersama-sama dalam memulihara hutan,” katanya. -SS

Sumber: Kenny Uwai, FSSA

semega2015ISNIN, 24 OGOS - Seramai 155 pelajar terlibat pada Program Selangkah Ke Menara Gading (SEMEGA) yang diadakan di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) kelmarin.

10 sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matunggong, SMK Sepagaya, SMK Pengiran Omar, SMK Takis, SMK Majakir, SMK Tebobon, SMK Inanam, SMK Narinang, SMK Taun Gusi dan SMK Tambunan.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan Pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha, Dr. Mohamad Nizam Nazarudin mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dr. Ismail Ali.

Beliau yang membacakan teks ucapan TNC HEPA berkata, program yang dijalankan itui merupakan hasil usaha universiti untuk menyuntik semangat para pelajar dan memberikan suatu impak positif mengenai universiti.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini

Program tersebut menyaksikan para peserta mengisi dengan pelbagai aktiviti seperti icebreaking, Ronda-ronda UMS, Latihan Dalam Kumpulan , Malam Apresiasi Bakat dan program ‘Wasiat untukmu’.

Hadir sama pegawai penyelaras SEMEGA, Masnahneh Masdin dan wakil pengetua Kolej Kediaman Sri Angkasa, Massalinri Mohd Tahir. 

Sumber : Norhana Nordin HEPA

Jurufoto : Musa Mohd Derin HEPA

Bahagian Media dan Citra

norazah sukiISNIN, 24 OGOS – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus maju ke hadapan dengan pelbagai pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Terbaru, seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan mengharumkan nama universiti dengan meraih dua anugerah bertaraf dunia melalui hasil penulisannya di dalam jurnal berimpak tinggi.

Prof. Madya Dr. Norazah Mohd Suki menerima anugerah Winners of the Seventh Annual Excellence in Research Journal Awards melalui penulisan jurnal bertajuk Investigating the Measurement of Consumer Ecological Behaviour, Environmental Knowledge, Healthy Food, and Healthy Way of Life.

Pencapaiannya itu cukup membanggakan apabila menjadi pensyarah tunggal Malaysia yang meraih anugerah tersebut bersama beberapa pensyarah dari universiti-universiti terkemuka dunia seperti  University Oxford, Florida International University, University of Freiburg, Germany dan  National Taiwan Normal University. 

Pemilihan penerima anugerah oleh IGI Global adalah berdasarkan keaslian penyelidikan, praktikal penyelidikan, kualiti penulisan, penyelidikan substantif dan metodologi.

Pada masa yang sama, Dr. Norazah juga sekali lagi mengharumkan nama universiti apabila hasil penulisannya dalam Jurnal Pemasaran Islamik turut diumumkan sebagai pemenang anugerah EMERALD Awards for Excellence 2015 - Highly Commended Paper.

Beliau meraih anugerah itu bersama dua pensyarah dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

Sambil berterima kasih atas segala dorongan dan motivasi kepada UMS khususnya Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Dr. Norazah turut menanam tekad untuk terus bergiat aktif dalam menjalankan penyelidikan dan menyumbangkan hasil penulisan ke jurnal berimpak tinggi untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Kata beliau lagi, “Pencapaian dan penerimaan anugerah seumpama ini  bukanlah tujuan yang utama, tapi saya percaya ini adalah bonus yang diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa sahaja yang sentiasa rajin berusaha dan komited dengan kerja.

“Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan ini dan pasti ia akan menjadi pencetus semangat untuk meneruskan kecemerlangan dalam menyemai bakti di universiti yang tercinta ini,” ujarnya, yang berperwatakan serius namun sangat peramah. -SS