http://www.ums.edu.my/v5/images/stories/berita_attach/Program_Jom_Sahur.jpgJUMAAT, 26 JUN –  Lebih 100 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang juga terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) menghadiri Program Sahur dan Iftar bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Profesor Madya Dr. Ismail Ali baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar terutamanya pada bulan Ramadan.

Selain itu, program itu juga dilihat dapat merapatkan lagi ukhwah antara pelajar dan pemimpin dengan kehadiran felo-felo kolej kediaman dan beberapa pegawai UMS.

Bagi pelajar Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Asmah Kadir, pengalaman bersahur bersama Profesor Madya Dr. Ismail Ali dan warga kolej pasti memberi kenangan manis buat beliau

Program Sahur yang diadakan di Kolej Kediaman Tun Fuad bermula pukul 3.30 pagi turut dihadiri oleh Pengetua Kolej tersebut, Dr Puteri Hayati Megat Ahmad.

Turut diadakan pada hari yang sama, Majlis Iftar bersama Profesor Madya Dr. Ismail Ali bertempat di Anjung Siswa.-ZMD

Sumber: Norhana Nordin 

Foto: Jakmas 

Bahagian Media dan Citra

Buka Puasa KAL

ISNIN, 29 JUN - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah meminta semua ketua jabatan atau penyelia agar sentiasa memantau projek pembangunan yang dilaksanakan di UMS.

Menurut beliau, dasar turun padang perlu menjadi amalan kepada semua ketua jabatan bagi memastikan projek yang dilaksanakan dapat disiapkan mengikut spefikasi yang ditetapkan pengurusan universiti.

Sehubungan itu, beliau berharap ketua jabatan dan pegawai terbabit sentiasa berkomunikasi sesama mereka serta memantau projek dengan rapi bagi memastikan tiada projek yang tergendala atau menghadapi masalah sehingga menjejaskan nama baik UMS.

“Kadang-kadang projek yang bermasalah adalah kerana kurangnya komunikasi antara pegawai yang diberi tanggungjawab. Komunikasi antara jabatan sangat penting supaya sebarang masalah dapat ditangani dan diselesaikan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Naib Canselor UMS Bersama Kakitangan UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Jumaat lalu.

Pada majlis itu, seramai 10 kakitangan yang terpilih menerima sumbangan khas daripada pengurusan universiti.

Profesor Dr. Harun turut menasihatkan kakitangan supaya terus bekerja kuat bagi memastikan UMS terus berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa selain meningkatkan kerjaya masing-masing.

“Semua warga universiti perlu bekerja kuat untuk memastikan UMS sentiasa berada pada landasan yang tepat sekaligus bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Tambah Mohd Harun, kakitangan wajar meningkatkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan termasuk pelajar tempatan dan luar negara yang menjadi aset universiti.

Beliau tidak lupa mengingatkan pelajar agar membabitkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan kerana ia sebahagian daripada latihan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang.

Mohd Harun berharap pelajar akan terus memberikan tumpuan terhadap tanggungjawab utama mereka menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman semasa menuntut di UMS.

“Pelajar perlu fokus terhadap pelajaran kerana ia menjadi keutamaan keluarga dan pihak universiti,” katanya.-ZMD

Bahagian Media dan Citra

Sumber: Azri Onn

 

PPUMS kepimpinan baruJUMAAT, 26 JUN –Ketua Bahagian Perhubungan Korporat, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Azmi Jumat dipilih sebagai Presiden Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik UMS (PPUMS) berkuatkuasa kelmarin.

Beliau diundi menang tanpa bertanding pada proses pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi sempena Mesyuarat Agung Tahunan PPUMS ke-9 di sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Pada pemilihan itu menyaksikan ramai muka baharu diberi kepercayaan menyandang jawatan tertinggi pada kali ini.

Mereka ialah Timbalan Ketua Pegawai Sains Institut Penyelidikan Bioteknologi, Yusup Laupe (Timbalan Presiden); Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Alna Tugon (Setiausaha) dan Penolong Pendaftar Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Mohd Khairuddin Ahmad selaku Penolong Setiausaha.

Jawatan Bendahari pula disandang Penolong Bendahari Kanan Jabatan Bendahari, Siti Aisah Ismail yang juga menang tanpa bertanding.

Turut dijalankan proses pemilihan 10 exco PPUMS di samping simbolik penyerahan tugas antara mantan Presiden, Zawawi Tiyunin kepada Azmi.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dengan dihadiri Ketua Pustakawan, Dg Rukiah Ag Amit dan Pemangku Pendaftar UMS, No’man Datuk Hj Ahmad. -SS

Foto: Musaab Umair

Bahagian Media dan Citra