SELASA, 27 SEPTEMBER - Seramai 30 orang menghadiri seminar CTI Regional Exchange (REX) on Climate Change Adaptation yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), semalam.
Seminar dua hari itu antara lain bertujuan membincangkan penubuhan Pusat Kecemerlangan (CoE) berkenaan adaptasi perubahan iklim dalam kalangan negara-negara ahli Inisiatif Segitiga Terumbu Karang (CTI).
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) MOSTI, Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul, seminar tersebut dapat memberi ruang perbincangan mengenai peluang baharu berkaitan sains dan teknologi yang akan muncul hasil daripada fenomena perubahan iklim, sekali gus dapat menyumbang kepada sektor ekonomi setiap negara, budaya masyarakat pesisir dan sumber alam yang mampan.
Beliau merasmikan seminar tersebut di Ballroom Pan Pacific Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
Seminar itu juga turut membuka ruang pembentangan kertas kerja daripada lapan negara iaitu Timor-Leste, Indonesia, Kepulauan Solomon, Filipina, Papua New Guinea, Australia dan Malaysia.
Foto : Suzeanywati Gasinin



ISNIN, 26 SEPTEMBER – Seramai 500 pelajar prasekolah dari 33 Tadika Islam seluruh Sabah baru-baru ini menyertai Program Simulasi Haji Cilik di Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS).
ISNIN, 26 SEPTEMBER – Persidangan Antarabangsa Mengenai Pendidikan dan Psikologi 2016 (ICEduPsy16) mampu menjadi platform dalam memupuk kerjasama tempatan dan antarabangsa bagi mempromosikan profesion pendidikan dan psikologi khususnya di kepulauan Borneo.
JUMAAT, 23 SEPTEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) pagi ini telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Seksyen Perhubungan Awam, Kedutaan Amerika Syarikat, yang berlangsung di Bangunan Canselori, UMS.
JUMAAT, 23 SEPTEMBER - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan bengkel “4th Ultrasound in Obstetric and Gynecology” selama tiga hari di Auditorium Utama fakulti berkenaan.