RABU, 17 OGOS – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan telah menganjurkan Program Motivasi Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi, Kudat baru-baru ini.
Program tersebut dihadiri seramai 150 pelajar Tingkatan Lima sekolah tersebut sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia.
Menurut Ketua UPPsiKS, Dr. Ferlis Bullare, program motivasi itu merupakan salah satu khidmat masyarakat dari UMS kepada komuniti khususnya kepada golongan pelajar sekolah.
“Selain daripada menjalankan aktiviti penyelidikan, khidmat masyarakat juga adalah salah satu cara UPPsiKS untuk mendekati dan berinteraksi dengan masyarakat luar.
“Antara tujuan UPPsiKS menjalankan aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar lingkungan kampus mengenai kewujudan dan perkhidmatan psikologi yang boleh ditawarkan kepada komuniti dan masyarakat di negeri Sabah,” katanya.
Dr. Ferlis turut berharap agar usaha pihaknya menganjurkan program sebegini dapat membantu pelajar berkaitan aspek personaliti diri dan meningkatkan motivasi mereka bagi menghadapi peperiksaan nanti.
Program sehari itu antara lain memberi pendedahan kepada pelajar mengenali personaliti diri masing-masing, panduan gaya pembelajaran mengikut jenis personaliti, kemahiran mengurus emosi dan mengenal pasti kecerdasan emosi masing-masing.
Sumber: Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial UMS



RABU, 17 OGOS - Oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, dukacita dimaklumkan Seminar Pengurusan Kewangan Peribadi "Merancang Kembali Kewangan Anda", yang dijadualkan pada 17 Ogos 2016 (Rabu) jam 2.00 petang DITUNDA kepada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
JUMAAT, 19 OGOS – Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa memberi kemahiran asas kepada pelajar UMS sejajar dengan Lonjakan Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) iaitu melahirkan graduan ‘Keusahawanan, Holistik dan Seimbang.
SELASA, 16 OGOS 2016- Persidangan Pendidikan Malaysia kali ke-10 (MSC10) berlangsung dengan jayanya di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam.
SELASA, 16 OGOS - Seramai 16 pelajar Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyertai Pameran Festival Seramik Antarabangsa ke-7 SELSIUS 2016 baru-baru ini.