ISNIN, 04 JULAI - Semua Jabatan, Fakulti, Pusat, Institut dan Unit (JFPIU) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) diminta mengambil langkah-langkah keselamatan bagi menjamin keselamatan aset semasa cuti Hari Raya Aidilfitri.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Keselamatan UMS, JFPIU perlu memastikan pejabat-pejabat, makmal-makmal, bilik-bilik kolej kediaman serta tempat yang mempunyai aset penting universiti sentiasa berkunci.
Menurut kenyataan itu lagi, suis elektrik pastikan telah ditutup apabila tidak digunakan atau selepas meninggalkan pejabat selain menempatkan kenderaan di lot tempat letak kereta di bangunan keselamatan dan melaporkan kepada pegawai bertugas bahagian tersebut.
JFPIU juga dimohon untuk memaklumkan kakitangan yang boleh dihubungi sekiranya berlaku sesuatu kejadian di pejabat masing-masing.
Sebarang pertanyaan atau aduan kecemasan boleh menghubungi pusat kawalan Unit CCTV dan Komunikasi, Bahagian Keselamatan di talian 088-320 111 atau 088-320 000 sambungan 1199.



KHAMIS, 30 JUN - Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan ditutup sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
RABU, 29 JUN – ‘Ketuk-ketuk Ramadan Bendahari’ kembali lagi pada tahun ini dengan menyajikan menu yang menarik untuk diagihkan kepada kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS).
SELASA, 28 JUN - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah bersama-sama pegawai utama dan kanan universiti telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama kakitangan dan pelajar UMS di Masjid UMS semalam.