Oleh Salbinous Saribun
RABU, 13 APRIL - Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul, menerima anugerah antarabangsa, The Golden Globe Tigers 2016: Anugerah Kepimpinan Kecemerlangan dalam Inovasi Sosial.
Dr. Hassanal terpilih menerima anugerah itu daripada Gabungan Perniagaan Asia atas penglibatannya dalam pelbagai program berkaitan dengan kemampanan seperti ekopelancongan berasaskan komuniti dan yang terbaru aktif dalam usaha ke arah kelestarian kampus UMS.
Beliau ketika ditemui berkata sangat terkejut pada awalnya kerana tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk menjadi penerima anugerah berprestij dan bertaraf antarabangsa itu.
“Selama ini saya melakukan usaha berkaitan dengan kelestarian ini dengan ikhlas dan saya tidak sangka usaha ini mendapat tumpuan.
“Saya berterima kasih kerana mempunyai rakan-rakan sekerja dan keluarga yang sentiasa menjadi pendorong agar sentiasa membuat yang terbaik dalam pekerjaan. Terlebih kepada pihak UMS dimana karier saya berkembang dan memajukan diri sekali gus medan memperlihatkan kemahiran dalam bidang saya,” katanya.
Dr. Hassanal menerima anugerah itu dalam satu majlis di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Isnin.
Anugerah di bawah kategori Inovasi Sosial itu mengiktiraf individu yang percaya bahawa kecemerlangan tidak mempunyai batas dan boleh membentuk takdir masa depan dunia.



SELASA, 12 APRIL - Seramai 80 peserta merangkumi Majlis Perwakilan pelajar (MPP), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), kelab, sekretariat, dan fakulti universiti menjayakan Kursus Etiket dan Protokol di Bilik Seminar, Anjung Siswa UMS baru-baru ini.
ISNIN, 11 APRIL - Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPRUMS) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah menjayakan program Forum Dunia Rasuah Cabaran dan Realiti bertempat di Dewan Kuliah Pusat 13, UMS baru-baru ini.
ISNIN, 11 APRIL - Seramai 36 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang juga ahli Sekretariat Rakan Muda UMS menjayakan Program Jalinan Kasih Anak Permata, Tambunan baru-baru ini.
JUMAAT, 8 APRIL - Amalan tadbir urus terbaik sentiasa diserapkan dan dilaksana di semua peringkat pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (UMS) seperti yang dijelaskan dalam surat Ketua Setiausaha Negara - Garis Panduan bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus Awam 2007.