ISNIN, 22 FEBRUARI – Pensyarah Kanan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Mohd Khairuddin Abdullah dilantik sebagai Presiden Persatuan Staf Akademik UMS (PSAUMS) pada mesyuarat agung persatuan tersebut baru-baru ini.
Pelantikan tersebut sekali gus menyaksikan Dr. Mohd Khairuddin bakal menerajui kepimpinan PSAUMS untuk satu penggal, iaitu sehingga tahun 2018.
Mesyuarat agung yang diadakan buat julung kalinya di Galeri Majlis, Bangunan Canselori itu turut mengadakan pemilihan bagi beberapa jawatan kepada ahli persatuan tersebut.
Jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Pensyarah Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Dr Khairul Anuar Mohamad, manakala Dr Razak Mohd Ali Lee juga dari FKJ dipilih sebagai Setiausaha Agung PSAUMS.
Beberapa lagi jawatan turut diisi oleh kalangan ahli akademik, antaranya Timbalan Setiausaha Agung yang disandang oleh Mohd Sobri Ismail, Dr. Musirin Mosin sebagai Bendahari Kehormat, dan Ahli Jawatankuasa (AJK) masing-masing disandang oleh Dr Mohd Norazan Abdullah, Dr Mohd Hanafi Ahmad Hijazi, Dr Rosmalina Abd. Rashid.
Dalam pada itu, persatuan tersebut turut membincangkan usul perancangan beberapa program PSAUMS, antaranya dialog bersama Majlis Profesor Negara, syarahan umum, libatsama komuniti, konsultan dan khidmat nasihat kepakaran bidang tertentu.
PSAUMS ditubuhkan antara lain bertujuan untuk meningkatkan taraf profesionalisme, meningkatkan budaya akademik dan keintelektualan ahli persatuan, menyediakan platform pertukaran pendapat antara ahli, dan menjadi saluran komunikasi untuk mengutarakan isu-isu kepentingan ahli akademik kepada pihak pentadbiran universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Selain itu, persatuan tersebut turut komited untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha dengan universiti dalam hal berkaitan dengan penambahbaikan dan peningkatan mutu pengajaran,penyelidikan dan perundingan, serta memastikan hak dan kebajikan ahli dilindungi.
Sumber: Dr. Mohamad Nizam Nazarudin, FPP



ISNIN, 22 FEBRUARI - Keprihatinan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi tanggungjawab sosial korporat atau projek amal terhadap komuniti luar bandar bertujuan merapatkan ukhuwah, mengukuhkan persefahaman dan memantapkan semangat perpaduan warga universiti dengan masyarakat luar bandar selain dapat menanamkan budaya syura dan amal jama’i dalam kalangan warga kampus.
ISNIN, 22 FEBRUARI – Pensyarah Kanan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Mohd Khairuddin Abdullah dilantik sebagai Presiden Persatuan Staf Akademik UMS (PSAUMS) pada mesyuarat agung persatuan tersebut baru-baru ini.
JUMAAT, 19 FEBRUARI - Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS) 1437H akan diadakan pada 24 Februari 2016, bertempat di Dewan Resital.
KHAMIS, 18 FEBRUARI - Sektor Pentadbiran dan Kewangan, Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah julung kalinya telah menjayakan Taklimat Celik Wang FSSA 2016 buat julung kalinya baru-baru ini.