bimbing2KHAMIS, 6 Ogos - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah terus memberi bimbingan kepada para mahasiswa dalam membentuk jati diri dan kemahiran insaniah.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr. Ismail Ali pada majlis perasmian penutupan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pembimbing Suai Mesra Sesi 2015/2016 (BIMBING) baru-baru ini.

Beliau yang diwakili Pengarah Pelaksana Minggu Suai Mesra (MSM) 2015/2016, Profesor Madya Dr. Rasid Mail menambah kakitangan jabatan itu akan sentiasa mendidik, menyemai dan membentuk disiplin serta akhlak siswa siswi di samping menjaga kebajikan mereka.

“Warga HEP akan terus menyokong dan membantu siswa siswi untuk menjadi lebih berjaya dalam aspek kemahiran insaniah dan menerapkan nilai-nilai  modal insan kelas pertama,” tambahnya.

Kursus yang diadakan selama seminggu di Dewan Serbaguna Kolej Kediaman Tun Fuad itu disertai 45 pelajar bagi persediaan menyambut pelajar baharu pada bulan September depan.

Turut hadir, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Azmi Jumat.-ZMD

Sumber: Norhana Nordin

Bahagian Media dan Citra

Oleh Salbinous Saribun

tctp rasmiKHAMIS, 06 OGOS - Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) 2015 anjuran Kerajaan Negeri Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara rasminya membuka tirai hari ini.

Program yang berlangsung selama 22 hari itu akan memberi latihan dan pendedahan kepada semua 17 peserta dari 10 negara-negara membangun berhubung usaha pemuliharaan yang dijalankan di Malaysia khususnya di Sabah.

Turut mendapat kerjasama ‘Japan International Cooperation Agency’ (JICA), program itu juga bagi meningkatkan kesedaran dalam aspek biodiversiti kepada para peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan negara masing-masing.

Majlis perasmiannya disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.

Katanya, program seumpama itu amat bertepatan sebagai medan perkongsian untuk negara-negara yang mengambil bahagian mendapat maklumat baharu dalam mengurus sekali gus mengimplementasi strategi pemuliharaan ekosistem.

Hadir sama wakil JICA Malaysia, Shinobu Yoshizawa dan Pengarah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan UMS, Prof. Dr. Charles Santhanaraju Vairappan.

Bahagian Media dan Citra    

bimbing2KHAMIS, 6 Ogos - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah terus memberi bimbingan kepada para mahasiswa dalam membentuk jati diri dan kemahiran insaniah.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr. Ismail Ali pada majlis perasmian penutupan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pembimbing Suai Mesra Sesi 2015/2016 (BIMBING) baru-baru ini.

Beliau yang diwakili Pengarah Pelaksana Minggu Suai Mesra (MSM) 2015/2016, Profesor Madya Dr. Rasid Mail menambah kakitangan jabatan itu akan sentiasa mendidik, menyemai dan membentuk disiplin serta akhlak siswa siswi di samping menjaga kebajikan mereka.

“Warga HEP akan terus menyokong dan membantu siswa siswi untuk menjadi lebih berjaya dalam aspek kemahiran insaniah dan menerapkan nilai-nilai  modal insan kelas pertama,” tambahnya.

Kursus yang diadakan selama seminggu di Dewan Serbaguna Kolej Kediaman Tun Fuad itu disertai 45 pelajar bagi persediaan menyambut pelajar baharu pada bulan September depan.

Turut hadir, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Azmi Jumat.-ZMD

Sumber: Norhana Nordin

enactus ums naib juaraRABU, 05 OGOS - Pasukan ENACTUS Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mempamerkan pencapaian cemerlang apabila muncul naib juara dalam pertandingan ENACTUS Malaysia National Cup 2015 yang berakhir kelmarin.

Pasukan itu berjaya menyingkirkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di peringkat akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan PameranMatrade (MECC) Kuala Lumpur.

Namun ENACTUS UMS terpaksa akur dengan saingan hebat dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) yang kemudiannya muncul sebagai juara keseluruhan.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh UUM dan USIM.

Dalam pada itu, Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Mohd Harun Abdullah turut melahirkan rasa bangga atas pencapaian yang dikecapi pasukan universiti.

“Tahniah kepada Pasukan ENACTUS UMS yang telah berjaya mendapat tempat kedua di peringkat kebangsaan,” ujarnya dalam laman facebook rasminya hari ini.

Bahagian Media dan Citra

Oleh Salbinous Saribun

gambar ncRABU, 05 OGOS - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah mengucapkan takziah terhadap keluarga Nurul Liyana Mahmod, pelajar Fakulti Pertanian Lestari UMS yang maut dalam kemalangan pada Isnin.

Datuk Dr. Harun dalam kenyataan di laman facebook turut memberi kata-kata motivasi kepada keluarga mangsa agar tabah dan bersabar menghadapi musibah yang berlaku.

“Saya mendoakan agar roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Ketika kejadian, Nurul Liyana dalam perjalanan bersama ayahnya ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjalani latihan amali sebelum kereta Honda Civic dipandunya terbabas dan bertembung kereta Perodua Myvi.

Mangsa meninggal serta merta di tempat kejadian manakala ayahnya yang parah dimasukkan ke unit Rawatan Kecemasan Hospital Kuala Lipis.

Berasal dari Melaka, mangsa juga merupakan pelajar tahun akhir dan bakal bergraduat pada November ini.

Bahagian Media dan Citra