SELASA, 02 JUN - Program Intelegensi Sekolah Menengah (PRISEM) anjuran Exco Akademik dan Kerjaya Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) sertaSekretariat Kolej Kediaman Tun Mustapha Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melabuhkan tirainya baru-baru ini. Pengarah Program, Mohamad Rahim Abdullah berkata, program itu memberi gambaran awal kepada pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. “Program ini juga merupakan salah satu medium untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran dalam mengurus sesuatu acara di samping dapat memperkenalkan UMS kepada pelajar sekolah,” katanya ketika ditemui di Kolej Tun Mustapha. PRISEM yang dahulunya dikenali sebagai Program Ilmu Seiring Maju (PRISMA) dianjurkan untuk memberi inspirasi kepada pelajar sekolah bagi memberi input kepada pelajar yang terpilih untuk merasai kehidupan di universiti. Salah seorang peserta, Jannah Dee Julian memberitahu penganjuran program tersebut memberi impak yang positif terhadap dirinya. “Dalam program ini saya telah mempelajari bahawa kerjasama dalam kumpulan seperti aktiviti LDK adalah sangat penting untuk mencapai kejayaan yang diingini,” ujarnya yang berkesempatan merasai kehidupan di universiti selama 3 hari 2 malam di Kolej Tun Mustapha. Pada program tersebut, seramai 45 mahasiswa Kolej Kediaman Tun Mustapha dan 30 pelajar sekolah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort, SMK Badin Tuaran, SMK Perempuan Likas, Maktab Sabah, dan SMK Taun Gusi telah mengambil bahagian.Program itu turutmendapat kerjasama bersama daripada Sabah Electricity Sdn. Bhd, Telekom Malaysia (Sabah) dan Majlis Belia Sabah.-ZMD
Bahagian Media dan Citra
Sumber : HEPA
FRIDAY, 29 MAY – Universiti Malaysia Sabah (UMS) through the Faculty of Humanities, Arts and Heritage (FKSW) recently organised a seminar on ‘Performing Tradition for Contemporary Context’ aimed at their postgraduate students.
The seminar was presented by Professor Datuk Dr. Mohd. Najib Ahmad Dawa, the former Director-General of the National Art Gallery who once held the top post for Aswara in 2010 and Chief Executive Officer of Ikip College Pahang in 2011.
“Traditional society imitate nature due to their intimateness and their dependency on nature. Therefore, they transform not only nature but also its character,” he said, during his presentation.
The seminar was attended by more than 100 postgraduate students, including interested individuals.
Also present was the Deputy Dean of Student Affairs and Alumni, FKSW, Associate Professor Dr. Haji Baharudin Haji Mohd Arus. – FL
Media and Citra Division
JUMAAT, 29 MEI – Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman E melalui Exco Keusahawanan sedang mengadakan program pasar malam yang memberi peluang kepada para pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menceburi bidang keusahawanan.
Ketika dihubungi media, Pengarah Program, Norain Amira Riduan berkata pasar malam tersebut diadakan di Padang Kawad UMS bermula 19 Mei lalu dengan penyertaan seramai 45 penggerai yang menjual pelbagai jenis juadah makanan dan minuman serta produk hasil kreativiti masing-masing.
“Ini satu peluang untuk pelajar UMS mendapat gambaran yang positif mengenai bidang keusahawan dan saya percaya ia mampu menarik minat pelajar,” katanya.
Tambah Norain, turut diadakan persembahan busking daripada kumpulan Kelab Akustik Kolej Kediaman E pada setiap malam untuk menghiburkan para pengunjung.
Pasar malam @ E boleh dikunjungi setiap hari bermula pada pukul 5.00 petang hingga 9.30 malam.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian 0198857526 dan 0145527726 atau melayariwww.pasarmalamkampunge.blogspot.com.–ZMD
Bahagian Media dan Citra
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768