Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendekati komuniti dengan menjalankan program pendidikan bencana alam kepada 131 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Karakit, Pulau Banggi Kudat.

Pengarah NDRC UMS, Profesor Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn M. Payus berkata SK Karakit Pulau Banggi dipilih kerana lokasinya yang berisiko tinggi mengalami bencana gempa bumi dan tsunami.

“Program pendidikan bencana di peringkat sekolah rendah adalah merupakan program pertama NDRC di daerah Kudat.

“Ini adalah susulan daripada beberapa kejadian gempa yang berlaku di pulau itu pada 2 Jun 2014 (magnitud 4.4) dan terbaru pada 3 Oktober 2023 (magnitud 3.6).

“Justeru komuniti di daerah Kudat, khususnya penduduk di Pulau Banggi perlu didedahkan dengan pendidikan mengenai gempa bumi terutamanya langkah untuk menyelamatkan diri apabila berlaku bencana gempa bumi dan tsunami,” katanya.

Menurut Carolyn lagi, program pendidikan bencana di peringkat sekolah perlu dilakukan bagi menerapkan budaya waspada dalam kalangan kanak-kanak agar sentiasa bersedia dan peka jika berlaku bencana.

“Program pendidikan bencana ini menggunakan modul yang diolah sendiri oleh NDRC iaitu ‘Pakej Pengajaran Guru - Pendidikan Gempa Bumi’. Pada program ini kita dedahkan peserta dengan pengisian ceramah bencana kemarau, ceramah bencana gempa bumi, ceramah bencana tsunami dan sistem amaran tsunami.

“Peserta juga dilatih mengenai teknik melindungi dan menyelamatkan diri ketika menghadapi gempa bumi menerusi latihan kecemasan gempa bumi.

“Kita amat berbesar hati kerana dapat berkongsi ilmu ini kepada murid-murid di sekolah ini. Antara penceramah yang turut hadir pada program ini ialah Profesor Kehormat, Fakulti Sains dan Sumber Alam yang juga Ahli Penyelidik NDRC, Profesor Dr. Felix Tongkul dan Timbalan Pengarah I, Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi (POCGS), Jabatan Meteorologi Malaysia (Sabah), Dr. Chai Mui Fatt," jelasnya.

Berucap dalam program yang sama, Guru Besar SK Karakit, Amir Hamzah Bantilan merakamkan penghargaan kepada pihak NDRC kerana memilih sekolah berkenaan sebagai lokasi program dan berharap program seumpama ini diteruskan untuk sekolah-sekolah lain di Banggi serta diperluaskan lagi dengan penglibatan komuniti setempat.

Turut hadir, Penolong Kanan 1 SK Karakit, Seidi Junin; Penolong Kanan Hal Ehwal Muri (HEM), Jeffry Amir Hamza serta Pegawai Penyelidik NDRC, Eldawaty Madran.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) is holding an exhibition to highlight the results of mushroom research in Sabah.

The 2024 Mushroom Research Exhibition themed 'Mushroom Art: Fungi of Borneo' will be held from today until the end of the month at the Magavol Exhibition Room, Azman Hashim UMS Gallery (GAH-UMS).

UMS vice-chancellor Professor Datuk Dr Kasim Mansor said the exhibition is to showcase the research through artwork of several local artists.

Kasim said mushrooms possess unique appeal in shape, colour, and texture — with potential applications in fabric dyeing, Sabah batik motif designs, food products, and artistic and cultural realms.

"We undertook this initiative to educate and encourage community involvement in the sustainable use of biological resources.

 

"It is also an effort to raise awareness among communities in Sabah and throughout Malaysia about mushrooms.

"Although knowledge about mushrooms has been passed down from generation to generation, there are still many cases of mushroom poisoning. Therefore, awareness and knowledge about mushrooms need to be improved," he added.

UMS is also grateful that the UMS Mycology Team has received funding from the 12th Malaysia Plan (RMK12) allocation for fungal research.

He said the initiative aims to identify species of wild fungi with the potential for commercialisation as a proactive step in addressing global food security threats.

Meanwhile, UMS Institute for Tropical Biology and Conservation (ITBC) director Associate Professor Dr Fiffy Hanisdah Saikim said she hoped such an exhibition could bridge the gap between science and arts.

"Through this exhibition, we hope to demonstrate how art and science can synergise to produce something extraordinary.

"Art is not only about creative expression, but can also serve as a tool to understand and communicate scientific concepts in a more engaging manner to the public.

"This is an important step in attracting more young people to the STEM field by showing that science is not limited to laboratory experiments but can also be expressed in visual and artistic forms."

 

B.A.Y.U Matrix Show 2024 yang diadakan di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu menjadi platform bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk menceburi industri kreatif sebagai kerjaya masa depan.

Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Amerrudin Ahmad berkata, industri kreatif mempunyai banyak cabang yang berpotensi untuk diterokai bagi menjana pendapatan.

“Pameran seni seperti B.A.Y.U Matrix Show ini adalah penting untuk para pelajar mempersembahkan hasil karya mereka kepada khalayak ramai, dan usaha baik ini membolehkan orang ramai melihat pelbagai bentuk karya seni yang sarat dengan makna dan idea.

“Matlamat ASTiF adalah untuk menghasilkan graduan bagi mengisi bidang pekerjaan di luar sana dan objektif itu dapat dilihat melalui pameran sebegini dan tentu sekali dapat diisi kerana bidang ekonomi kreatif sangat luas dan ekosistem rantaiannya sangat banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pameran tersebut di ruang legar Bangunan ASTiF UMS.

Beliau turut berharap program tersebut diadakan lebih kerap sebagai inisiatif mengetengahkan hasil karya sekali gus membangunkan seni visual di peringkat universiti.

Pada majlis tersebut, Amerrudin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 20 pelajar terbaik B.A.Y.U Matrix Show 2024.

B.A.Y.U Matrix Show 2024 merupakan ekspresi kreativiti, nilai dan cerita di sebalik pengalaman pelajar tahun akhir Program Teknologi Seni Visual (TSV), ASTiF selama tiga tahun menuntut di UMS.

Pameran tersebut menyaksikan sejumlah 130 karya seni daripada 96 orang pelajar tahun akhir Program TSV yang merangkumi pelbagai seni visual seperti lukisan, media campuran, seni cetak, arca dan pemasangan, seramik, batik, animasi, filem pendek, dokumentari dan pengiklanan.

Hadir sama pada perasmian pameran tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dr. Sharip Zainal Sagkif Shek.

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) telah memeterai satu hasrat kerjasama bersama DQS Certification (M) Sdn Bhd bagi usaha memacu pemajuan agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social and Governance – ESG) khususnya kepada usahawan-usahawan di negeri Sabah.

Hasrat kerjasama tersebut dimeterai dalam satu majlis menandatangani Surat Niat (LoI) antara kedua-dua pihak yang berlangsung di FPEP, UMS.

UMS diwakili oleh Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Mohd. Rahimie Abd. Karim menandatangani LoI tersebut, manakala DQS diwakili oleh Pengarah Urusan, Danny Ng Kim Yau.

Turut menyaksikan acara tersebut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor dan Pengurus Besar DQS, Soong Keng Vee.

Terdahulu, Kasim dalam ucapannya berkata, UMS sentiasa bersedia untuk keluar dari zon selesa, bersifat inovatif dari segi kaedah pengajaran, melaksanakan penyelidikan, dan membangunkan bakat terbaik serta sentiasa meneroka jalan dan peluang baharu ke arah kecemerlangan.

“Antara agenda pembangunan yang kritikal dan difokuskan adalah berkait amalan berteraskan ESG yang merupakan mantera global yang menyokong kepada keupayaan kelestarian.

“ESG yang diterima pakai seluruh dunia mencerminkan aspirasi kelestarian organisasi yang mengambil kira impak alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam setiap operasi organisasi, syarikat atau badan swasta.

“Kepatuhan kepada amalan terbaik ESG adalah sebahagian daripada keperluan yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau “UN Agenda for Sustainable Development Goals (SDG)”,” katanya.

Pemeteraian kerjasama tersebut katanya mampu memacu agenda ESG di negeri Sabah khasnya untuk menyokong kepada usaha memberdayakan usahawan-usahawan tempatan ke arah perniagaan yang mampan dan bertanggungjawab.

“Program-program yang berteraskan pemajuan bidang ESG yang direncanakan ini akan memperkayakan pengalaman dan mempertingkatkan ilmu tenaga pengajar dan juga para pelajar yang dilibatkan.

“Dengan demikian, UMS mampu menjadi pusat memberdayakan pemegang taruh yang terkesan secara holistik, ke arah pencapaian komitmen nasional terhadap pelepasan sifar bersih (“net zero emissions”) menjelang tahun 2050, yang semestinya memberi impak yang sebaiknya terhadap kesejahteraan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Rahimie dalam satu kenyataan memaklumkan, kerjasama antara FPEP UMS dan DQS itu antara lain adalah bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam persijilan berkaitan inisiatif ESG.

“Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan PMKS di Sabah dalam memenuhi keperluan persijilan ESG yang merupakan satu bentuk keperluan yang perlu dipenuhi oleh PMKS pada masa hadapan.

“Adalah diharapkan usaha sama yang menggabungkan kepakaran dan keupayaan akademik UMS dan kepakaran industri DQS dalam bidang persijilan industri akan berupaya menghasilkan impak yang signifikan dalam pembangunan PMKS khususnya di Sabah secara berkesan terhadap keperluan komuniti perniagaan setempat,” ujar beliau.

Pada majlis tersebut turut berlangsung acara penyampaian sumbangan berjumlah RM50,000 daripada DQS kepada Unit Penyelidikan Dan Pembangunan Keusahawanan FPEP.

Hadir sama Presiden, SME Association of Sabah merangkap Ahli Sabah Economic Advisory Counsil (SEAC), Prof. Datuk Foo Ngee Kee; Pengarah Eksekutif Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd, Datuk Jalumin Bayogoh; Pengerusi Federation of Malaysia Manufactures Sabah Representative Office (FMM Sabah), James Ha Haw Yew; Ketua Pegawai Eksekutif Saytech General Inspection Services Sdn Bhd, Granda Aing; dan Pengarah Kolej Komuniti Tawau, Ts. Md. Syadiqin Awg Adi @ Jumaat.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatangani Surat Tunjuk Niat bersama Chin Wui Trading di Bilik Eureka, UMS Kampus Antarabagsa Labuan (UMSKAL) baru-baru ini.

Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Profesor Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal, berharap agar kolaborasi itu dapat memperluaskan hubungan strategik, memberikan peluang pembelajaran dan pengalaman baru kepada mahasiswa serta mempromosi produk melalui pemasaran komprehensif.

Katanya, program kolaborasi bersama Chin Wui Trading telah memberikan banyak input berguna kepada mahasiswa, mencetuskan idea dan pengalaman baru.

"Melalui program ini, peluang mempelajari ilmu secara tidak langsung akan membentuk transformasi gerak kerja yang berjaya berdasarkan kebijaksanaan dan kesungguhan.

"Tahniah dan syukur kerana program ini berjaya dilaksanakan.

Semoga mahasiswa dapat menimba ilmu baharu yang sukar diperolehi melalui kuliah,"katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Eksekutif Chin Wui Trading , Liau Jun Wui menyatakan keterujaan mereka untuk berkongsi rancangan masa depan bagi memajukan syarikat dengan meningkatkan jualan, pengetahuan produk dan pengedaran.

Katanya, mereka komited untuk mengembangkan kehadiran pasaran, menjangkau lebih ramai pelanggan dan memenuhi keperluan pelanggan mereka.

Perjanjian rasmi antara Chin Wui Trading dan Universiti Malaysia Sabah menandakan era baharu perkongsian dalam inovasi pemasaran dan pengedaran produk, memperkukuh hubungan industri dan akademik untuk manfaat bersama.

Program itu juga mempertingkatkan promosi dan pengedaran produk melalui usaha pemasaran menyeluruh melalui pelbagai media.

Pensyarah Kanan FKAL, Dr. Md Mahmudul Haque yang juga ketua projek, menyatakan FKAL telah memberikan perkhidmatan kepada industri tempatan dan antarabangsa sejak beberapa tahun lalu.

Turut hadir Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FKAL, Dr Anath Rau Rrishnan dan Timbalan Dekan (Hal Eh wal Pelajar dan Alumni) FKAL, Dr Noor Hassanah Husin.