Pengumuman Daripada: Galeri Azman Hashim UMS

 

Terlebih dahulu pihak Galeri Azman Hashim Universiti Malaysia Sabah  (GAH-UMS) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus menyokong GAH-UMS.
 
Sehubungan dengan itu,  dijemput  semua warga Universiti Malaysia Sabah serta keluarga untuk  melawat dan menyaksikan pameran Rebung 3.0 'Bakat Muda Universiti' karya pilihan yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar tahun akhir daripada Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTIF) bermula 4 Ogos sehingga 2 Oktober 2025.
 
Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang GAH-UMS seperti berikut https://ums.edu.my/gah/index.php
 

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo

 

Para penderma darah budiman,
 
KEMPEN DERMA DARAH SIRI 3/2025
 
Tarikh : 19 Ogos 2025 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Akuarium dan Muzium Marin, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah 
 
ANJURAN:
IPMB UMS
 
DENGAN KERJASAMA:
Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II
 
#setitikdarahsejutarahmah
#jommendermadarah
#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Digital UMS

 

Assalamualaikum wbt,

YBrs. Prof./Prof Madya/Ts./Dr./Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN MENGHADIRI SESI Mastering Adobe Photoshop: Essential Tools & Time-Saving Techniques for MOHE User

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1.    Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Acestar akan menganjurkan SESI Mastering Adobe Photoshop: Essential Tools & Time-Saving Techniques for MOHE Users yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh

:

20 AUG 2025 (Rabu)

Masa

:

3:00 petang hingga 4:00 petang

Lokasi

:

Online Microsoft Teams Webinar

Pautan pendaftaran

:

CLICK TO REGISTER NOW

Aturcara

:

3:00 PM - Welcome and Opening

 

3:05 PM - Sharing and Demo session

 

3:45 PM - Q&A session

 

4:00 PM - Event end

 

2.     SESI Mastering Adobe Photoshop: Essential Tools & Time-Saving Techniques for MOHE Users ini adalah bertujuan untuk : 

  • Photoshop Essentials - Interface, Tools & Quick Editing
  • Productivity Boost - Smart Objects, Libraries & Cloud Workflow
  • Hands-on & Q&A - Real-world Demos & Troubleshooting

3.  Sehubungan dengan itu, YBrs. Prof./Prof Madya/Ts./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput bagi menghadiri  SESI Mastering Adobe Photoshop: Essential Tools & Time-Saving Techniques for MOHE Users ini dan dimohon untuk mendaftarkan kehadiran pada pautan pendaftaran di atas sebelum atau pada 20 AUG 2025 (Rabu) 2:00 petang.  

 
4. Dimohon kepada semua Administrators yang menerima jemputan ini agar dapat berkongsi maklumat ini kepada semua pengguna masing-masing untuk turut serta menyertai sesi ini.
 

5.   Kerjasama YBrs Prof./Prof. Madya/Dr./Ts./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik
 
 
 
TAKLIMAT AKIPP 2025
 
Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Pengajaran & Pembelajaran
 
Tarikh: 18 Ogos 2025 (Isnin)
Masa: 9:00 Pagi - 10:30 Pagi
Meeting No. : 2643 735 8581
Penceramah: Dr. Amer Azlan bin Abdul Jamal, Timbalan Pengarah (Kecemerlangan Akademik), PPKA
 
✅Semua ahli akademik dijemput hadir 
✅ Mata IDP akan diberikan 
 
 
Sekian.