Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum w.b.t.
 
Dimaklumkan bahawa Pusat Islam UMS akan membuka Kaunter Infak sempena Simposium Integriti dan Hikmah pada:
 
📅 25 Ogos 2025 (Isnin)
📍 Pusat Islam UMS
 
Kaunter ini disediakan bagi memudahkan warga Universiti Malaysia Sabah menyalurkan sumbangan melalui:
 
  • Infak Helwa
 
  • Infak Saham Akhirat
 
  • Infak Dapur Rahmah
 
✨ Marilah bersama merebut peluang berinfak sebagai bekalan amal jariah kita bersama.
 
Sekian, terima kasih.
 
#UMSshare 
#InfakUMS

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM JALAN SANTAI MERDEKA UMS
 
✨ Disempurnakan oleh:
YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, JP,
Naib Canselor UMS
 
Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, semua warga kerja Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijemput untuk menyertai Program Jalan Santai Merdeka ke Puncak UMS yang akan diadakan seperti berikut:
 
📅 Tarikh: 27 Ogos 2025 (Rabu)
🕓 Masa: 4.00 petang
📍 Tempat Berkumpul: SFERA UMS
 
Laluan Jalan Santai:
SFERA UMS → Puncak UMS → berakhir di Pantai Kemudi Ilmu (ODEC)
 
🚍 Kemudahan Bas: Disediakan dari ODEC ke SFERA UMS selepas program.
 
🎯 Mata IDP disediakan kepada peserta yang hadir
🥪 Jamuan ringan disediakan selepas program
 
✅ Sahkan kehadiran di pautan berikut:
 
 
Ayuh raikan kemerdekaan dengan aktiviti sihat, mengeratkan silaturahim, dan menikmati keindahan kampus UMS — bawa semangat merdeka anda dan sertai kami! 🇲🇾✨

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Pengajian Islam (FIS)
 
 
 
 
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, 
 
Dengan segala hormatnya, pihak Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Pusat Islam, Bahagian Integriti UMS, serta Pusat Pelaburan Endowmen dan Wakaf, UMS menjemput YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri simpsium di atas seperti dalam maklumat yang berikut:
 
 🗓️ Tarikh: 25 Ogos 2025 (Isnin) 
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
 📍 Tempat: Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah  
 
Ucapan Alu-aluan: Prof. Datuk Dr. Kasim Mansur, Naib Canselor, UMS
 
Penceramah Jemputan: 
 
🔗 *Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid* Profesor Adjung, Fakulti Pengajian Islam UMS Tajuk : "Bersihakan Jiwa dan Hartamu dengan Infak”
 
🔗 *Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti* Felo Pengajian Islam, Universiti Oxford, England Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) Tajuk : "The Oxford Debt to Islam and Muslim Civilization" 
 
 
Semua warga UMS dijemput hadir. Kehadiran YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai.  
 
Sekian dan terima kasih.