Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Fakulti Sains Makanan & Pemakanan menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 25 November 2023 (Sabtu) 
 
Masa: 9.00am - 12.00pm (Secara dalam talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang yang disediakan.
 
Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2023: 
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengajian Pascasiswazah

 

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,

 

Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

 

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami di pautan berikut:

 

https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=16&key=PASCA

 

atau dengan mengimbas QR di dalam Flyer

 

Maklumbalas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini. Sekian.

 

Pengumuman Daripada : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan,
 
Sekalung penghargaan dan tahniah kami ucapkan kepada semua penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) Tahun 2023 yang telah diadakan pada 27 September 2023.
 
Bagi penerima anugerah (kecuali penerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji) yang belum menuntut sijil dan hadiah, sila tuntut sijil dan hadiah di Pejabat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Aras 3, Blok Selatan, Bangunan Canselori UMS dan wajib mengembalikan folder sijil berwarna biru kepada pihak urusetia.
 
Segala kerjasama Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.