Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

SIJIL PROFESIONAL PENGURUSAN MASJID (SPPM) 
 
Pendaftaran Siri 1 Sesi Januari 2024 kini dibuka
 
Anjuran bersama Pusat Islam UMS (PIUMS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) 
 
Kursus ini mengandungi 9 modul :- 
1) Pengurusan Institusi Masjid 
2) Pengurusan Jawatankuasa Masjid 
3) Pengurusan Pengimarahan Masjid 
4) Pengurusan Dalaman Masjid 
5) Pengurusan Kewangan Masjid 
6) Pengurusan ICT dan Media Masjid 
7) Pengurusan Ekosistem Masjid 
8) Pengurusan Keselamatan dan Pekerjaan Masjid 
9) Pengurusan Dakwah di Masjid 
 
 
Hubungi : Urusetia
 
Untuk maklumat lanjut ikuti Whatsapp group ini; https://chat.whatsapp.com/FlOXXPM2PKF7PgYsfuF4zR

 

Pengumuman Daripada: Seksyen Pentadbiran Am, Jabatan Bendahari

 

CARTA ORGANISASI JABATAN BENDAHARI (BIL 4/2023 KALI KE-17)

 

YBhg. Prof. Datuk/YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Adalah dimaklumkan bahawa, selaras dengan Keputusan Mesyuarat Eksekutif Jabatan Bendahari Bil. 4/2023 pada 8 September 2023 seterusnya Pemakluman Pengemaskinian Struktur Carta Organisasi Jabatan Bendahari Tahun 2023 pada 19 Oktober 2023.

 

Bersama-sama ini disertakan Carta Organisasi Jabatan untuk makluman dan rujukan YBrs. Prof. Dr./Tuan/Puan selanjutnya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam

 

SIJIL ASAS PENGAJIAN SYARIAH (SAPS) 
 
📝Pendaftaran Siri 1 Sesi Januari 2024 kini dibuka 
   
 Anjuran: Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS)
 
📝Kursus ini mengandungi 7 modul :- 
1) Pengantar Syariah Islam 
2) Usul Fiqh & Qawaid Fiqiyyah 
3) Sistem Ibadah Islam 
4) Sistem kekeluargaan Islam 
5) Sistem muamalat Islam 
6) Undang-undang jenayah Islam 
7) Sistem Pemerintahan Islam 
 
Borang penyertaan :
 
Hubungi Urusetia 
 
 
Untuk maklumat lanjut ikuti WhatsApp group ini; https://chat.whatsapp.com/IvuvgaQ7OHy5ENOrvGC3z6 

 

Pengumuman Daripada : Institut Penyelidikan Marin Borneo
 
 
 
𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗻 𝗕𝗼𝗿𝗻𝗲𝗼 akan mengadakan Bengkel Pembenihan Udang Galah pada 05-06 Disember 2023.

Promosi istimewa 𝗬𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 hanya serendah RM450 sahaja bagi kakitangan UMS!
(Harga asal : RM600)

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi:
En. Alwie : 0143555628
Pn Deidre: 0167733889

Pautan borang pendaftaran:
 
Tarikh tutup pendaftaran: 3 Disember 2023
* 𝙏𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙*
** Dasar Pembatalan dan Bayaran Balik adalah terpakai