Pengumuman Daripada: Pusat Persediaan Sains dan Teknologi

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,  

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, 

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 

 

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah (DOSM Sabah) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Mini Karnival bersempena sambutan Hari Statistik Negara 2023 pada 21 Oktober 2023 (Sabtu). 

Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah: 

  1. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 
  2. Pertandingan Idola Kecil 

Pihak kami amat mengalu-alukan penyertaan daripada YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan ke aktiviti tersebut. Segala sokongan padu dan bantuan pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.  

 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

 

Sukacita dimaklumkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) menjemput semua warga universiti serta orang awam untuk menyertai seminar yang akan diadakan pada pada ketetapan berikut;

Tarikh          : 18 Oktober 2023 (Rabu)

Masa            : 8 pagi- 1 petang

Tempat        : Dewan Auditorium, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UMS

Penyertaan adalah percuma untuk semua, makan dan minum juga disediakan kepada peserta yang hadir. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan ini: https://forms.gle/JfWN1NeyjQdjU7166

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian dibawah:

Syaza: 016-8740391

Dina : 010-220 2579

 

Pengumuman Daripada: Pusat Alumni

 

JEMPUTAN KE PROGRAM SUNSET GATHERING BERSAMA ALUMNI UMS CHAPTER LABUAN

 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Alumni Universiti Malaysia Sabah berbesar hati  menjemput Alumni UMS yang berada di Labuan untuk hadir ke Program Sunset Gathering bersama Alumni UMS Chapter Labuan pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh  : 22 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa   : Jam 7 Malam
Tempat: Pantai UMSKAL
 
Pautan Pengesahan Kehadiran : https://forms.office.com/r/xxQHuMQn75
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urusetia di talian berikut:
Encik Lopez (012-8665512)
 
PUSAT ALUMNI
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 
Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik
 
 
 
 
PROGRAM MINGGU AKADEMIA UMS 12 OKTOBER 2023
     ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN [AKIPP] 2023
      Tarikh:       12 Oktober 2023 (Khamis)
      Masa:        9:00 Pagi
      Tempat:      Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori
 
                   Smart Space PPKA, Aras 6, Blok Utara Bangunan Canselori