Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW)

 

Rawja Archery ingin mengajak semua warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menyertai aktiviti/program memanah anjuran Rawja Archery di UMS. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak Rawja Archery di talian +6019-762 0869 atau rujuk poster yang dilampirkan.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKEPT), Jabatan Pendaftar

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya  perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Dimaklumkan bahawa Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan Kerjasama Universiti Poly-Tech Mara (UPTM) di bawah program AKEPT Competency Excellence (ACE) akan menjalankan satu kajian yang bertajuk “Women & Leadership in Malaysian Higher Education”. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan hal berkaitan kepimpinan wanita dalam landskap IPTA di Malaysia.

 

  1. Oleh yang demikian, AKEPT ingin memohon jasa baik YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, untuk mengisi kaji selidik melalui pautan ini https://forms.gle/5UPMNmmVjG1CUgFN9 sebelum atau pada 13 Mac 2023 (Isnin)dan memanjangkan pautan ini kepada para pemimpin, bakal pemimpin dan ahli akademik wanita yang lain.

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia Encik Mohd Nizam Bin Abd Muttalib,di talian 013-8554373 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera, 

 

YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan, 

 

Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Islam UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami semasa ke semasa. 

 

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami di pautan berikut: 

shorturl.at/cuGW3

atau dengan mengimbas QR di dalam Flyer 

 

Maklum balas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini. 

 

Sekian. 

 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI)

 

Seksyen Penyelidikan & Inovasi FKI akan mengadakan satu sesi perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh Dr. Saiful Azmi Hj. Husain dari Universiti Brunei Darussalam secara atas talian pada ketetapan berikut:  

Tarikh    :  01 Mac 2023 (Rabu)

Masa      : 2.00 petang

Pautan URL  :  http://shorturl.at/nIJKX


Mata IDP akan diberikan.