Pengumuman Daripada:

Jawatankuasa Promosi Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), UMS

 

Pegawai Dihubungi:

Encik Azmi Bin Jumat (013-871 8376) 

Cik Nur Amir Azlin Bt Amir (013-818 6261)

Puan Nurul Izza Md Nordin (013-8500362)

Cik Shamsiah Binti Mahmud (016-835 4039)

Encik Effandy Mohd Hatta (019-870 1712)

 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Wallpaper UMS Komited EKSA 2022 telah dikemaskini .

 

3. Sehubungan itu, dimohon kerjasama semua Ketua Zon dan kakitangan di Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian agar dapat memastikan penggunaan wallpaper yang telah diedarkan di komputer dan komputer riba milik UMS.

 

Perhatian dan komitmen daripada pihak YBhg.Prof/Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih

 

 

Pengumuman Daripada: Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, UMS

 

‘FEE EcoCampus Programme’ yang dinaungi oleh Foundation for Environmental Education (FEE), Denmark dan dikendalikan di Malaysia oleh WWF-Malaysia (2017-2022) dan Green Growth Asia Foundation (mulai 2022) merupakan satu program ESD menerusi penganugerahan antarabangsa demi memperkasakan komuniti kampus, khususnya golongan belia untuk memupuk dan meneruskan pembangunan lestari menggunakan satu kerangka kerja tersusun dan mampu dicapai yang selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs) 2030. Setakat kini, program ini telah memanfaatkan 111,000 orang pelajar pengajian tinggi daripada 7 universiti awam, 8 institusi pendidikan tinggi swasta serta 10 institut pendidikan guru. Jawatankuasa Kebangsaan FEE EcoCampus Programme (NFEC) yang ditubuhkan pada 2017 dipengerusikan oleh KUEH BOON HEE daripada Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS sekarang serta turut dianggotai oleh Dr. ROBERT F. PETERS (IBTP~Pusat Pengurusan EcoCampus, UMS) dan Ir. Ts. Dr. MELVIN GAN JET HONG (Fakulti Kejuruteraan, UMS). Hayatilah ‘Dekad Tindakan PBB’ – Tindakan Global; Tindakan Lokal; Tindakan Manusia! #UMSbahini #BertekadCemerlang

 

[FEE EcoCampus Handbook 2.0 - https://www.wwfmy-esd.com/fecresources]