Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia

Subjek: Permohonan Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 Universiti Malaysia Sabah

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan adalah dijemput untuk memohon menyertai program tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Cadangan Tarikh : 3-8 Ogos 2020 (Isnin-Sabtu)

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Akan dimaklumkan kemudian

 

Untuk makluman, Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

(a) kakitangan lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan

(b) kakitangan dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum

 

Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):

(a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau

(b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau

(c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu

 

Sehubungan itu, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dimohon untuk membuat permohonan mengikuti  Program Transformasi Minda (PTM) siri 2/2020 melalui pautan Google form iaitu https://forms.gle/8NZZQETkN8vDHsqcA sebelum atau pada 27 Julai 2020 (Isnin) selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari dan keputusan kelayakan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) siri 2/2020 akan dimaklumkan oleh pihak urusetia program.Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd. Nizam Bin Abd Muttalib di sambungan 103337/013-8554373.

 

Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman Daripada    : Pusat Penyelidikan Dan Inovasi

Subjek   : Pelawaan Cadangan Projek Geran; Digital Society Research Grant (DSRG)

 Pegawai Dihubungi  : Urusetia Penyelidikan (103145)

 

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

PELAWAAN CADANGAN PROJEK; DIGITAL SOCIETY RESEARCH GRANT (DSRG)

 

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat pelawaan cadangan projek di bawah geran Digital Society Research Grant (DSRG) yang telah mula dibuka pada 3 Julai 2020. Objektif bagi geran ini ditawarkan adalah untuk membangunkan asas yang diperlukan untuk mempromosikan dan meningkatkan pemahaman berhubung faktor-faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan dan menyumbang kepada penggunaan teknologi serta perkhidmatan digital dengan berdasarkan focus area yang ditetapkan.

 

Sehubungan itu Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk membuat permohonan berdasarkan takwim dan butiran seperti yang dinyatakan di jadual berikut;

DIGITAL SOCIETY RESEARCH GRANT (DSRG)

BIL

PERKARA/ TINDAKAN PEMOHON

PAUTAN/ RUJUKAN

TARIKH

1

Memuat turun Garis Panduan dan Borang Permohonan DSRG

https://www.mcmc.gov.my/en/grants/digital-society-research-grant-2020-call-for-propo

 

Hard copy turut dilampirkan bersama pelawaan ini

Bermula

3 Julai 2020

2

Mengemukakan permohonan kepada pihak SKMM, melalui emel;

-       Soft copy

-       Tajuk emel :

DSRG Research Proposal

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bermula

3 Julai 2020

Sehingga

31 Disember 2020

3

Penilaian Teknikal oleh SKMM setiap

Urus Setia SKMM

Setiap dua (2) bulan sekali.

4

Tempoh Maklumbalas oleh SKMM

Urus Setia SKMM

Satu (1) minggu selepas penilaian

 

Pihak PPPI juga memohon jasa baik dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan agar dapat memanjangkan pelawaan ini kepada kumpulan akademik di fakulti/ pusat/ institut masing-masing.

 

Segala komitmen dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian, dan terima kasih.

 

Daripada;

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Pengumuman Daripada: UMSKAL

Subjek: Sebutharga Pelupusan Aset Alih Kerajaan Universiti Malaysia Sabah - Bas Nissan SAA5369W

 

Assalamualaikum / Salam Sejahtera Y.Brs Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan, Sektor Kewangan UMSKAL telah membuat Kenyataan Tawaran Sebutharga Pelupusan Aset Alih Kerajaan UMS bagi Bas Nissan SAA5369W.

Bersama-sama ini dimajukan;

a) Kenyataan Tawaran Sebutharga Pelupusan Aset Alih Kerajaan UMS KEW.PA-24 untuk rujukan;

b) Borang Sebutharga Pelupusan Aset Alih Kerajaan UMS KEW.PA-25 untuk dilengkapkan dan dihantar (jika berminat beserta deposit) dan;

c) Syarat dan peraturan sebutharga serta gambar aset alih untuk rujukan.

Tarikh tutup sebutharga ialah pada 30 Julai 2020 (Khamis), jam 12.00 tengahari.

Perhatian Y.Brs/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Pengumuman Daripada  : Pusat Penyelidikan Dan Inovasi

Subjek: Pelawaan Cadangan Projek Geran; Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (Mylab)

Pegawai Dihubungi: Urusetia Penyelidikan;

  • Jane Edwin Ading ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )
  • Marliana John ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

 

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN CADANGAN PROJEK GERAN;

  • MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB)

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan pembukaan geran Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sepanjang tahun. Manakala proses penilaian permohonan pula hanya akan dilaksanakan pada bulan Mac dan September setiap tahun.

 

Sehubungan itu Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk membuat permohonan berdasarkan takwim dan butiran seperti yang dinyatakan di jadual berikut;

MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB)

BIL

PERKARA/ TINDAKAN PEMOHON

PAUTAN/ RUJUKAN

TARIKH

1

Memuat turun Garis Panduan dan Borang Permohonan MyLAB

http://mygrants.gov.my/main.php?Content=articles&ArticleID=8&IID=

Bermula dari tarikh pelawaan ini dikeluarkan

2

Mengemukakan soft copy permohonan kepada pihak PPPI

Bahagian Pengurusan Inovasi, PPPI

 

Urus Setia;

Pn. Jane Edwin Ading

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pn. Marliana John

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sebelum atau selewat-lewatnya pada

7 Ogos 2020

3

Penilaian Pertama

8-12 Ogos 2020

4

Pembentangan oleh pemohon

13 Ogos 2020

 

Mengemukakan soft copy penambahbaikan permohonan kepada pihak PPPI

20 Ogos 2020

5

Penilaian Kedua

20-24 Ogos 2020

6

Mengemukakan penambahbaikan dan  hard copy permohonan lengkap kepada pihak PPPI

-       Lima (5) salinan borang permohonan (hard copy)

-       Soft copy borang permohonan berserta dokumen lampiran perlu disimpan di dalam CD/ pen-drive

25 Ogos 2020

7

Penghantaran permohonan ke urus setia MyLAB oleh PPPI, UMS

MyLAB, BKPI, JPT, KPT

selewat-lewatnya pada

26 Ogos 2020

Pihak PPPI juga memohon jasa baik dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan agar dapat memanjangkan pelawaan ini kepada kumpulan akademik di fakulti/ pusat/ institut masing-masing.

 

Segala komitmen dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, dan terima kasih.

Daripada;

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI