- Jumlah paparan: 1322
Pelawaan Untuk Mengisi Jawatan Timbalan Naib Canselor (Pendanaan dan Pembangunan) Dan Pendaftar Di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pengumuman daripada: Bahagian Sumber Manusia
Subjek: Pelawaan Untuk Mengisi Jawatan Timbalan Naib Canselor (Pendanaan dan Pembangunan) Dan Pendaftar Di Universiti Putra Malaysia (UPM)
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PELAWAAN UNTUK MENGISI JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENDANAAN DAN PEMBANGUNAN) DAN PENDAFTAR DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Pendanaan dan Pembangunan) dan Pendaftar. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan iklan untuk dihebahkan kepada staf di organisasi YBhg. Datuk/Dato’/ Datin/Tuan/Puan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2019 (Khamis).
Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan mengenai Perkara ini adalah amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Sekian.