Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
Subjek: Pembukaan Permohonan Untuk Mendapatkan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2020

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2020 telah dibuka dan permohonan bolehlah dikemukakan menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (SMPPI), http://ppi.ums.edu.my dengan mengambil perhatian ke atas tarikh-tarikh penting seperti dalam gambarajah di bawah.

Dilampirkan bersama ialah Garis Panduan UMSGreat berserta borang penilaian pembentangan kertas cadangan penyelidikan (proposal defense) untuk diproses di peringkat Fakulti/Pusat/Institut.

Sekian, terima kasih.

Garis Panduan UMSGreat (.pdf)
Borang Penilaian Pembentangan Kertas Cadangan Penyelidikan (proposal defense)(.docx)

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK)
Subjek: Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2020 (Peringkat Sarjana dan Ph.D)

Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2020 (Peringkat Sarjana dan Ph.D):-

  • Terbuka kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama / Sarjana tajaan JPA
  • Permohonan online mulai 10 Feb 2020 (10.00 pagi) hingga 16 Feb 2020 (5.00 petang)
  • Untuk  syarat & permohonan online, layari  http://esilav2.jpa.gov.my
  • Maklumat Perhubungan:  03-88853297 / 3553 / 3387 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS
Subjek: Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(PKKP) bertanggungjawab untuk memaklumkan setiap kakitangan UMS mengenai pernyataan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan terbaharu setelah dikemaskini dan diluluskan oleh pihak berkuasa universiti untuk mengingatkan semua kakitangan iltizam bersama untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat.

Justeru, sebagai tanda mematuhi peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, semua kakitangan UMS dimohon untuk membaca dan memahami kandungan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS tersebut.