Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia

Subjek: Jemputan Menghadiri Sesi Townhall YB. Menteri Pendidikan Malaysia - YB Dr. Maszlee Bin Malik

  1. Sukacita dimaklumkan Sesi Townhallbersama Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dr. Maszlee Bin Malik akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh  : 3 Oktober 2019 (Khamis)

Masa     : 2.30 petang

Tempat  : Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah 

  1. Sehubungan dengan itu, dijemput YBhg. Datuk/ Prof./Dr./Tuan/Puan untuk  menghadiri sesi Townhall ini.

Sekian dan terima kasih.

Aturcara Sesi Townhall Bersama YB Menteri (.pdf)

Pengumuman Daripada: Jabatan Perpustakaan

Subjek: Gangguan Sistem Library Room Booking System (LRBS)

Makluman kepada semua pengguna perpustakaan, sila maklum bahawa terdapat gangguan pada library booking system mengikut ketetapan berikut

Tarikh: 01 Oktober 2019 (Selasa)

Masa: 06:00 Petang

Ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf.

Segala kesulitan adalah amat dikesali.

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

Subjek : Makluman Penggunaan Sistem Permohonan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Pentadbiran

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa kakitangan pentadbiran UMS kini boleh membuat permohonan Pertukaran Tempat Bertugas (PTB) untuk sesi Januari 2020 secara atas talian melalui laman sesawang https://registrar.ums.edu.my/staff/web/ptb/index

2. Akses permohonan akan dibuka bermula pada 1 Oktober 2019 dan tamat pada 31 Oktober 2019. Garis Panduan dan Manual Pengguna boleh didapati dalam sistem tersebut.

3. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:

a) Seksyen Perjawatan, BSM:

1. Encik Ismail Ladama (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / samb. 1444)

2. Puan Norfirdayu Ibrahim (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / samb. 1523)

b) Unit ICT, BSM (Teknikal Sistem):

1. Cik Hafizah Hassan (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / samb. 1144)

Perhatian YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian.