PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
SUBJEK: MAKLUMAN PENGISIAN BORANG PENILAIAN LATIHAN
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Adalah dimaklumkan, Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dalam proses untuk mengemaskini rekod Mata IDP kakitangan universiti. Ini bagi memastikan semua kakitangan universiti mencapai mata IDP minima melalui latihan yang telah dihadiri.
- Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan untuk menyemak maklumat IDP masing-masing di HR-Online dan mengisi Borang Penilaian Latihan (UMS/PU/09/02) bagi latihan yang telah dihadiri untuk tujuan pengemaskinian tersebut sebelum penilaian oleh Ketua Jabatan di JFPIU. Kegagalan pihak Y.Brs. Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan berbuat demikian akan menyebabkan 8% daripada mata e-LNPT ditolak. (Bagi kakitangan pentadbiran sahaja)
- Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Brs. Prof.Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan boleh hubungi pegawai berikut ;
NAMA PEGAWAI | NO. SAMBUNGAN | CATATAN |
Pn. Hayati Salleh Baihaki | 1437 | Unit Latihan Akademik |
Pn. Erna Jeferin | 1327 | Unit Latihan Akademik |
En. Adrian Amatus | 1132 | Unit Latihan Akademik |
En. Mohd. Aiddy Suffian Abd. Rashid | 1042 | Unit Latihan Pentadbiran |
En. Mohd Nizam Abd Mutallib | 1525 | Unit Latihan Pentadbiran |
En. Sufiyan Bin Ali Hussin | 1036 | Unit Latihan Pentadbiran |
Perhatian dan kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
SEKSYEN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
Unit Latihan Akademik & Pentadbiran
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Malaysia Sabah