- Jumlah paparan: 3340
PERMOHONAN DAN PELAPORAN SECARA ONLINE DALAM SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (SMPPPI)
Pengumuman daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
Subjek: Permohonan dan Pelaporan Secara ONLINE Dalam Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (SMPPPI)
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Bermula pada tahun 2019, permohonan-permohonan dan pelaporan hendaklah dibuat secara online menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) (ppi.ums.edu.my) seperti berikut:
- Permohonan pelanjutan tempoh projek penyelidikan;
- Permohonan perubahan skop projek penyelidikan;
- Permohonan pertukaran / pertambahan ketua penyelidik / ahli penyelidik; dan
- Laporan kemajuan / akhir projek penyelidikan.
Dilampirkan bersama ialah USER MANUAL untuk rujukan dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.