Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa semua kakitangan UMS yang berstatus aktif WAJIB mengisi LNPT bagi tahun 2024 bermula 1 Disember 2024 .
 
Sehubungan itu, mohon agar semua Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP), Pegawai Penilai Kedua (PPK) dan Penilai Rakan Sekerja (PEER) dapat menyelesaikan tanggungjawab masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Bersama ini dilampirkan Takwim Penilaian Prestasi (LNPT) Tahun Penilaian 2024 untuk rujukan bersama.
 
Sekian, harap maklum.
 
Pegawai dihubungi:
 
Pn. Carrie Grace Jaymess (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Akademik - Pn. Sabiah Bansai (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Pentadbiran - Pn. Linda Shirley Michael (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan

 

*Sertai Kami di Hari Perusahaan Sosial 2024: Zon Borneo! 🌍✨*
 
📅 Tarikh: Khamis, 21 November 2024  (Khamis, ESOK)
🕘 Masa: 9:00 AM - 12:30 PM  
📍 Tempat: Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah (Lokasi: https://g.co/kgs/VtkdLKV)  
 
Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk berhubung, belajar, dan diinspirasikan oleh usahawan sosial tempatan dan agensi utama. Terokai bagaimana perusahaan sosial memberi impak positif di Borneo dan sekitarnya!  
 
Acara:  
🔹 Wawasan dari Agensi Utama & Usahawan Sosial Tempatan  
🔹 Pameran Perusahaan Sosial  
🔹 Cabutan Bertuah Menarik  
🔹 Jualan Istimewa  
 
*Terbuka kepada Komuniti UMS & Awam*  
📍 Dapatkan Mata SDP & IDP  
📍 E-Sijil Disediakan  
📍 Masuk Percuma  
 
Daftar sekarang—tempat adalah terhad! Imbas kod QR untuk tempahan segera. Bersama-sama, kita menuju ke arah masyarakat yang inovatif dan berimpak!  
 
*Hubungi Kami:*  
📧 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  
🌐 www.ums.edu.my/pkpkp  
 
*Bersama, kita memimpin ke arah masyarakat inovatif! ✨*
 
📞 013-4061004  
📞 014-3533648  
📞 016-7768285

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

 

Program Derma Darah kembali lagi di Universiti Malaysia Sabah! Sempena dengan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pendaftar, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia akan menganjurkan Program Derma Darah pada ketetapan berikut:
 
𝟐𝟔 & 𝟐𝟕 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 & 𝐑𝐚𝐛𝐮)
𝟗:𝟎𝟎 𝐏𝐚𝐠𝐢 - 𝟒:𝟎𝟎 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐢𝐧𝐚𝐫, 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦, 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡.
 
Jumpa anda disana!

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN KE HARI BERTEMU PELANGGAN PUSAT PERKHIDMATAN DAN PENYELIDIKAN HALAL (PPPH), FSMP, UMS
 
Sukacita dimaklumkan, Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Uiversiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh : 28 November 2024 (Khamis)
Masa : 8 pagi - 1 petang
Tempat : Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP)
 
Trak makanan juga tersedia! Semua dijemput hadir.
 
Antara kaunter yang dibuka adalah:-
 
✅Kaunter Kursus Latihan Halal
✅Kaunter Kursus Latihan Pengendali Makanan
✅Kaunter Kursus Jaminan Keselamatan Makanan
✅Kaunter Kursus Pendek Penghasilan Makanan
✅Kaunter Penyelidikan dan Khidmat Rundingan
 
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi;
 
Puan Nurshada Binti Ramdin
📞014-9523152
Encik Fadhil bin Nanun
📞 016-8069717
Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal