Pengumuman Daripada: Fakulti Pengajian Islam

 

Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa Fakulti Pengajian Islam sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan prestasi kami dari semasa ke semasa.
 
Sehubungan itu, mohon jasa baik Yang Berbahagia Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan meluangkan sedikit masa melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan dibawah :
 
 
Pandangan YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan

 

✨ Bulan Keusahawanan & Kerjaya UMS 2024 Dah Kembali! ✨
Pelajar UMS, jom sertai program-program best sepanjang Oktober hingga Disember! 💼 Mana tahu, peluang yang anda tunggu-tunggu ada di sini. Dapatkan mata SDP, tambah ilmu, dan boost portfolio kerjaya anda! 🔥
Antara yang menarik menanti anda:
  • 🚀 9 NovKembara eUsahawan Zon Sabah – peluang belajar cara jadi usahawan!
  • ☕ Resume Clinic & LinkedIn Coffee Talk – tips & tricks untuk profil yang lebih power!
  • 🎓 19 NovHuawei Career Bootcamp & Career Exhibition – explore peluang kerjaya, siap ada exhibition lagi!
  • 💼 20 NovGrooming Class & Career Talk dari syarikat terkenal + Temuduga Terbuka!
  • 🔍 6 DisUMS Job Fest 2024 – masa terbaik untuk cari peluang pekerjaan!
Jangan lepaskan peluang ni! Scan QR untuk daftar cepat. Sertai, kumpul mata SDP, dan bina pengalaman untuk masa depan yang lebih cerah! 🌟

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)

 

Salam Sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Gugusan Bahasa Asing dan Tempatan bersama Gugusan Bahasa Inggeris, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Program Malam Bahasa Antarabangsa dan Tempatan PPIB 2024 sempena sambutan 30 tahun UMS seperti ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh: 15 November 2024 (Jumaat)
⏰ Masa: 6:00 petang
📌 Tempat: Dewan Resital, ASTiF UMS
👕 Tema pakaian: Busana tradisional
⭐️ Masuk Percuma ⭐️
 
📣Semua staf dan pelajar UMS dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.
🎉 Saksikan persembahan hebat oleh pelajar tempatan dan antarabangsa yang akan menampilkan bakat mereka dalam bahasa yang dipelajari.
 
Program ini turut menampilkan:
🎪 Reruai Pameran
🎶 Muzik Orkestra
👗 Peragaan Busana Tradisi
🍽️ Kendera Saji (Food Truck)
🎁 Cabutan Bertuah dan Reruai Tercantik
 
✅ Mata IDP/SDP akan diberikan kepada yang layak.
🙌 Jangan lupa janji temu kita! 🥰
 
Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Penganjur MBAT2024 ❤️

 

Announcement From: Career and Entrepreneurship Development Centre

 

📢 Calling All UMS Final Year Students and Alumni!
 
🚀 Ready to kickstart your career? Don’t miss the Huawei Career Bootcamp: Intelligent World 2030 ! This exclusive event offers you direct access to Huawei's innovative world and career opportunities tailored just for you.
 
Why Attend?
🌟 Career Exhibition: Meet recruiters directly, explore job and internship openings, and make valuable connections!
🌟 Hands-on Tech Insights: Discover Huawei’s latest ICT and green tech advancements, designed for a sustainable future.
🌟 Earn SDP Points: Gain extra recognition for participating in this enriching experience.
 
📄 Important Reminder: Bring along copies of your resume! The career exhibition is a perfect chance to showcase your skills to Huawei's hiring team and other industry representatives.
 
Event Details:
📅 Date: Tuesday, 19 November 2024
⏰ Time: 8:30 AM
📍 Venue: Pusat Islam, UMS
 
Don’t miss this golden opportunity to build connections and explore future possibilities with Huawei. The future is in your hands—register now (https://l1nk.dev/CoEhB) and take the first step toward an exciting career!

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada para inovator dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah menyertai Pertandingan Innozilla pada 6 hingga 7 November 2024 di Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia (USM).
 
Keputusan keseluruhan:
  • 2 Anugerah Khas
  • 6 Pingat Emas
  • 3 Pingat Perak
  • 3 Pingat Gangsa
Semoga pencapaian ini terus memberi inspirasi kepada semua pihak untuk terus berinovasi dan terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.