Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

 
Assalamualaikum & salam sejahtera
 
YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) mempelawa YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan untuk mengisi borang permohonan / pencalonan Anugerah Khas Tun Canselor Sempena Majlis Anugerah Penyelidikan UMS Tahun 2024.
 
Bersama-sama ini dilampirkan borang pencalonan / permohonan yang turut mengandungi kriteria pemilihan. Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar melalui email (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.SEBELUM atau PADA14 NOVEMBER 2024.
 
Untuk sebarang persoalan boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP, En. Mohd. Aminur Faiz bin Suis di talian 0195372210 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains 

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PROMOSI PERKHIDMATAN INSTRUMEN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan, bersama ini dilampirkan poster hebahan promosi mengenai perkhidmatan instrumen yang disediakan di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Universiti Malaysia Sabah. Poster ini adalah untuk rujukan dan makluman YBhg. Prof/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

Perhatian kepada seluruh warga UMS,
 
Tarikh akhir permohonan perlindungan harta intelek untuk diproses tahun semasa 2024 kepada Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) adalah pada 22 NOVEMBER 2024 (JUMAAT).
 
Permohonan boleh dikemukakan melalui pautan berikut: https://iics.ums.edu.my
 
Harap maklum. Sekian, terima kasih.