Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Jumhur Ulama’ berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya.
 
SUMBER: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan/ https://appszakat.sabah.gov.my/jenis_zakat.php
 
📍 KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍
Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Pusat Islam UMS
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Cik. Noorfazlina (https://wa.me/60138085856)
 
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).”
(QS al-Mukminun (23) : 1-4)
 
#zakatmembawaberkat
#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UMS

 

Sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah Tahun 2024 Kali ke-26, Jawatankuasa Pelaksana Penganjuran Sukan “Convocation Games” (COGUMS) Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) ingin menjemput semua untuk mengikuti UMS 30th Anniversary & 26th Convocation Run 2024.

 

Maklumat larian adalah seperti berikut;

 

Tarikh 24 November 2024 (Ahad)

Masa 5.00 pagi

Tempat Dataran Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah

 

Kategori;

  1. Kategori A : Terbuka (Lelaki/Lelaki Veteran/Wanita/Wanita Veteran)
  2. Kategori B : Pelajar Universiti (Lelaki/Wanita). Pelajar Sekolah Menengah (Lelaki/Wanita)
  3. Berkumpulan (10 peserta dan lebih)

   

Sebarang pertanyaan, sila hubungi AJK Pendaftaran;

📲Pn. Petherine (013-5457284)

📲Pn. Wendy (013-8507503)

📲Cik Shasha (016-8280052)

📲Pn. Lindsy (012-8207478)

📲Pn. Vivien (013-5599999)

 

Pautan Pendaftaran: https://shorturl.at/7BWOY 

 

Tunggu apa lagi! Jom lari dan cipta kenangan bersama!🏃‍♀️🏃

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 5 Oktober 2024 (Sabtu)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 
 
Sekian, terima kasih.