Pameran Poster DiomeraISNIN, 08 JUN - Seramai 126 pelajar Sains Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai Pameran Poster anjuran Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) di Perpustakaan UMS baru-baru ini.

Pensyarah program Sains Sukan yang juga penasihat pameran tersebut, Pathmanathan Suppiah berkata, penyertaan pada kali ini berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana mengabungkan kursus Biomekanik Sukan, Identifikasi Perkembangan Bakat dan Psikologi Gunaan Sukan antara pelajar Tahun 2 dan Tahun 3 Sains Sukan.

“Pameran ini amat bertepatan dan mampu menghasilkan golongan pelapis yang berpotensi tinggi untuk menampilkan hasil karya yang kreatif, inovatif dan berkualiti,” ujarnya pada program tersebut.

Turut hadir dua lagi pensyarah Sains Sukan, Dr. Mohd. Nizam Nazaruddin dan Hasnol Nordin.

Dalam pada itu, salah seorang panel juri, Ravi Margapandu menyatakan rasa kagum sikap ingin belajar yang ditunjukkan pelajar-pelajar program berkenaan.

Beliau yang merupakan tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Gaya turut memberitahu akan membawa idea penganjuran program tersebut untuk diaplikasi di IPG Gaya.

“Saya dan panel juri berbangga dengan penganjuran pameran poster ini dan akan membawa idea-idea pameran ke IPG kami, ” katanya.

Salah seorang peserta, Diomera Darniati Oscar pula melahirkan rasa bangga kerana diberi peluang untuk terlibat sama dalam pameran tersebut.

“Pameran ini memberi pengetahuan dan pengalaman baharu dalam kalangan pelajar Sains Sukan dan berharap agar ia akan diteruskan lagi pada masa hadapan,” katanya yang kini menuntut dalam Tahun 2 di UMS.

Majlis perasmiannya disempurnakan Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Prof. Dr Ismail Ibrahim. –SS


Bahagian Media dan Citra
Sumber: Program Sains Sukan
 

logo KESUMBAJUMAAT, 05 JUN - Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) sedang menganjurkan kempen ‘Ahli Mencari Ahli’ bagi meningkatkan jumlah keahlian kelab tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KESUMBA, kempen tersebut juga turut menawarkan hadiah khas berupa sebentuk cincin emas bagi ahli sedia ada yang berjaya merekrut sekurang-kurangnya sepuluh ahli baharu.

Kenyataan itu turut menambah, kempen tersebut terbuka kepada semua ahli KESUMBA, namun ianya tidak layak disertai oleh Exco Tertinggi kelab tersebut.

Manakala Keahlian baharu adalah terbuka kepada kakitangan wanita UMS dan isteri kepada kakitangan lelaki UMS sahaja.

Borang permohonan keahlian ahli baru boleh dihantar kepada Setiausaha Kehormat KESUMA, Cik Norti Sirin.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Jun 2015. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Biro Penerangan dan Perhubungan KESUMBA, Hayati Salleh Baihaki ditalian 0146502897.–ZMD

Bahagian Media dan Citra

Dekan FKSW Dato Hamdan AdnanKHAMIS, 04 JUN – Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Konsert Program Muzik UMS bersempena Bengkel Muzik Orkestra pada 27 Jun depan.

Dekan FKSW, Profesor Dato’ Mohd Hamdan Haji Adnan berkata, penganjuran bengkel dan konsert tersebut merupakan salah satu usaha murni untuk memartabatkan lagi seni muzik orkestra di Sabah.

“Hal ini sejajar dengan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak dalam meningkatkan lagi mutu seni muzik tanah air khususnnya di negeri Sabah ini,” katanya.

Tambah beliau, secara umumnya program tersebut dianjurkan untuk memberimanfaat kepada para pemuzik tempatan dalam meningkatkan lagi pengetahuan, teknik, dan juga penguasaan dalam permainan alat muzik masing-masing.

“Kita juga berharap masyarakat Kota Kinabalu dan peminat muzik akan hadir bagi memeriahkan lagi konsert ini yang akan menampilkan pelajar-pelar program muzik UMS,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bengkel orkestra dan konsert yang bakal berlangsung di Dewan Resital UMS, bolehlah menghubungi urusetia ditalian 013-8507712 atau 011-23680198.-ZMD

 

 

Bahagian Media dan Citra
Sumber: FKSW
 

 

 

Pelajar UMS Ulangkaji

FRIDAY, 5 JUNE – Parents of students studying at Universiti Malaysia Sabah (UMS) are advised not to panic and worry about the safety of their children with regards to the earthquake of 6.0 magnitude on the Richter Scale that had an impact at several areas in Sabah, early this morning.

According to the Vice-Chancellor, Professor Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, there were no reported injuries and damage at the university, including those at Labuan International Campus and Sandakan Campus.

“All staff of UMS including students are in safe, but a thorough investigation is now being conducted to ensure that the buildings and the university environment are safe,” he said in a statement in Kota Kinabalu.

He explained that the investigation was carried out through the establishment of the Natural Disaster Investigation Team covering all buildings and hill slopes in the campus.

He said the team, led by the Deputy Vice-Chancellor of Research and Innovation, Professor Dr. Shahril Yusof expected the investigation report to be completed by 3.00 pm today.

“UMS administration also distributed safety leaflets through its website on steps to take when facing with a similar situation in the future.

“We are always ready to help, cooperate and with the help of our geologists, study this earthquake,” Datuk Harun added.

Meanwhile, he vehemently denied the statement circulated through the social media application that there were aftershocks as a result of this earthquake.

“It is not true, and UMS never issued such a statement.  If you want to get confirmation or validity of such information that uses UMS, please directly contact Media and Citra Division of UMS at 088-320000 extension 1493 or 1296,” he urged.

Meanwhile, a survey done by UMS media personnel found that students were still going about their daily routine and spending more time at UMS Library in preparation for their semester exams, which will start next week.

A video on the experience of some of our students on the earth quake can be viewed at UMS YouTube account at

.- SS & ZMD (fl)

Media and Citra Division

 

MPO UMS Orchestra WorkshopKHAMIS, 04 JUN - Buat julung kalinya, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menganjurkan bengkel muzik orkestra yang akan dijayakan bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).

Pemuzik-pemuzik handalan MPO bertaraf dunia seperti Runa Baagöe, Ong Lin Kern, Laurentiu Gherman, Matthew Larsen, Zachary Bond, Matthew Kantorski, Sonia Croucher, Raffael Bretenhader, dan John Bourque akan tampil sebagai tutor untuk berkongsi pengalaman dan ilmu.

Menurut Ketua Program Muzik UMS, Roslee Hj Wahid, bengkel tersebut akan mengetengahkan beberapa alat muzik seperti biola, trombon, trompet, flut, violin, cello, clarinet, double bass, dan percussions.

“Sudah pastinya bengkel ini akan memberikan pengetahuan dan tips-tips baharu yang akan meningkatkan kemahiran para peserta,’ ujarnya dalam satu kenyataan.

Program yang akan diadakan selama tiga hari bermula 25 Jun ini akan diadakan di Dewan Resital, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) UMS.

“Pada bengkel tersebut juga, para peserta akan berpeluang untuk berinteraksi bersama tutor-tutor ini dengan lebih dekat melalui pembahagian seksyen-syeksen bengkel mengikut alat muzik masing-masing,” katanya.

Tambah Roslee, para pemuzik MPO tersebut terdiri daripada pemuzik-pemuzik handalan daripada 25 buah Negara yang telah dihimpunkan oleh MPO melalui beberapa sesi ujibakat untuk mengenalpasti pemuzik berkualiti dalam usaha mewujudkan sebuah orkestra simfoni bertaraf dunia yang dapat merialisasikan misi dan visi yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Acara kemuncak bengkel itersebut akan berlangsung pada malam 27 Jun 2015 (Sabtu) dan akan dimeriahkan dengan konsert Program Muzik, FKSW, UMS yang bakal menampilkan persembahan oleh pelajar-pelajar UMS dan juga para peserta bengkel.–ZMD

Bahagian Media dan Citra
Sumber: FKSW

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.