Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
 
PEMAKLUMAN PENGGUNAAN BORANG  TEMPAHAN KENDERAAN (PIND.1/2024) BAGI TUJUAN TEMPAHAN KENDERAAN DI JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN (JPP) UMS
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak JPP melalui Sektor Kenderaan telah mengemaskini Borang  Tempahan Kenderaan bagi tujuan permohonan perkhidmatan kenderaan di JPP. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua pihak untuk menggunakan Borang Tempahan Kenderaan (PIND.1/2024) yang dilampirkan bersama pemakluman ini bagi semua urusan tempahan  kenderaan  berkuatkuasa dari memo ini dikeluarkan.
 
2.    Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini , pihak tuan/puan boleh menghubungi Encik Thomas Ambau, Penolong Jurutera atau Cik Normimi binti Norbin  Pembantu Kemahiran, di talian 014-3712098/019-8606929.
 
 
Sekian.
 
Sektor Kenderaan
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan.
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti Malaysia Sabah (AKU) Tahun 2024 seperti berikut (poster hebahan dilampirkan):
 
Tarikh            :           27 Ogos 2024 (Selasa)
Masa              :           8.00 pagi
Tempat          :           Pusat Islam UMS
 
Sekian, terima kasih.