Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH)

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 10 Ogos 2024 (Sabtu)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Selaras dengan pengumuman YB Menteri Sumber Manusia di majlis perasmian #COSH2024 bagi inisiatif melatih pemberi pertolongan cemas kesihatan mental pekerjaan atau Occupational Psychological First Aider, Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH UMS) dengan kerjasama Niosh Malaysia ingin mempelawa warga UMS (Kakitangan/Pelajar) untuk mengikuti kursus seperti ketetapan berikut ;
 
Pendaftaran awal boleh dibuat di portal e-Daftar melalui pautan https://edaftar.niosh.net.my/mhfa_register/ums
 
Tarikh akhir pendaftaran adalah 5 Ogos 2024)
 
📌 Tajuk : Mental Health Awareness - Kursus Occupational Psychological First Aider (PFA)
 
📆 Tarikh : 27 Ogos 2024 (Selasa)
 
⏰ Masa : 8.30 Pagi - 5.00 Petang
 
💻 Medium Penyampaian : Secara Atas Talian (Zoom)
 
▶ Penceramah: NIOSH Malaysia

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Garis Panduan Skim Dana Living Lab Universiti Malaysia Sabah
 
Assalamualaikum & salam sejahtera
 
YBhg. Datuk / Prof, / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
 
Dengan sukacitanya Pusat Pengurusan Penyelidikan ingin mengumumkan pembukaan Permohonan Skim Dana Living Lab UMS Fasa 2/2024.
 
Disertakan tarikh-tarikh penting berkaitan Permohonan Skim Dana Living Lab UMS Fasa 2/2024.
 
Permohonan Skim Dana Living Lab Fasa 2 melalui SMPPI: 1-14 Ogos 2024
 
Saringan Permohonan Skim Dana Living Lab Fasa 2: 15-31 Ogos 2024
 
Penilaian Permohonan Skim Dana Living Lab Fasa 2: 01-08 September 2024
 
Keputusan Permohonan dan Tawaran Skim Dana Living Lab Fasa 2: 20 September 2024
 
Dimohon jasa baik Dekan/Pengarah/TDPI/TPPI untuk mewar-warkan pembukaan Permohonan Skim Dana Living Lab UMS Fasa 2/2024 kepada FAPI masing-masing.
 
SIla maklum, berikut adalah kriteria umum untuk Permohonan Skim Dana Living Lab UMS Fasa 2/2024 :
- Mempunyai living lab yang telah ditubuhkan di peringkat FAPI 
- Setiap living lab hanya boleh memohon satu dana living lab - tidak boleh memohon sekiranya living lab tersebut masih mempunyai dana living lab yang aktif
- Keutamaan diberikan kepada pensyarah yang tidak mempunyai geran dalaman sebagai penyelidik utama
 
Disertakan Garis Panduan Skim Dana Living Lab sebagai rujukan.
 
Untuk sebarang persoalan atau isu, boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP, En. Mohd. Aminur Faiz bin Suis di talian 0195372210 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

 

 

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan melalui QR Code seperti di atas atau pautan link di bawah. Maklum balas anda amat kami hargai.
 
 
Sekian terima kasih.