Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

 

Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) menawarkan diskaun hebat lagi memikat khususnya kepada kakitangan UMS yang membuat pembelian nombor pendaftaran kenderaan "UMS".

 

Jumlah diskaun adalah sebanyak 30% daripada harga rizab nombor!!!

 

Sila imbas kod QR untuk membuat pembelian.

 

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 088-320 000 sambungan 202300 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan dan Inovasi 

 

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
 
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang berkualiti, Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan dan Inovasi (BPPI) memohon jasa baik YBhg. Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan untuk memberi maklum balas perkhidmatan dengan mengisi borang soal selidik melalui Kod QR tertera atau pautan http://surl.li/lqzhzo.
 
Perhatian dan maklum balas YBhg. Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan berikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah
 
 
 
 
 
YBhg. Prof/Dr/Puan,
 
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KALI KE-27 (MAT KESUMBA KALI KE-27)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah kali ke-27 (MAT KESUMBA) akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
 
Tarikh      :      9  Ogos 2024 (Jumaat)
Masa        :      8.00 pagi-12.30 tengahari
Tempat : Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori dan Secara maya menggunakan platform Webex (https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=md8ca5b3f1ae75fe8f4570440e7840c20)
 
3. Sukacita sekiranya puan dapat mengemukakan cadangan usul kepada Puan Stella@Nurul Martini Gontol (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau kepada Puan Nurul Izza Binti Md Nordin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) pada atau sebelum 26 Julai 2024 (Jumaat). Dilampirkan bersama ini Notis Mesyuarat, Atur cara Majlis, Borang Cadangan Usul untuk tindakan selanjutnya.
 
Segala kerjasama dan sokongan puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.