Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

LANDASAN HALA TUJU KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI TAHUN 2024

Saksikan penstriman langsung Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi seperti ketetapan berikut:

🗓️ 12 Januari 2024 | 30 Jamadilakhir 1445 H (Jumaat)
⏰ 10.00 pagi
🖥️ Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

 

Sertai "SESI TAKLIMAT DASAR PERUNDINGAN UMS" yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Prof. Madya Dr. Jidon Janaun.
 
Penyertaan webinar ini adalah terbuka untuk semua. Sila klik pautan atau imbas kod qr yang disediakan untuk menyertai taklimat melalui Cisco Webex.
 
TARIKH/ MASA:
📅: 17 Januari 2024 (Rabu)
⏰: 2.30 PM – 4.30 PM
🌐: Cisco Webex | Pautan: https://rb.gy/pr0ien
 

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Penerbit UMS (PUMS).

 

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan PUMS secara berterusan, YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat mengisi dan melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan PUMS melalui imbasan kod QR di poster atau pautan berikut;

 

https://shorturl.at/nsBRU 

 

Maklum balas YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari

 

Laporan Pencapaian Hasil Pemeriksaan Mengejut Pengurusan Kewangan PTJ UMS telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) UMS Bil.1 Tahun 2024 yang diadakan pada 9 Januari 2024 (Selasa). Tahniah kepada semua PTJ atas komitmen yang diberikan dalam memastikan pelaksanaan aktiviti tersebut di PTJ masing-masing.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

 

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
Mohon kerjasama warga kampus untuk bersama-sama memastikan tiada pembaziran air berlaku yang disebabkan oleh pili paip yang tidak ditutup mahupun sebarang kerosakan berkenaan paip atau sistem flushing semasa bekalan air sedang dipulihkan. Sebarang kerosakan boleh dilaporkan terus ke Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan dengan mengimbas kod pada notis ini.
 
11hb Januari 2024
Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaran,
UMS.