Pengumuman Daripada : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar mempelawa kepada semua kakitangan UMS Lantikan tetap/ baharu/lantikan semula/ tukar lantik yang memenuhi syarat untuk mengemukakan permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan melalui modul modul Pengesahan Perkhidmatan HROnlineV4: https://registrar.ums.edu.my/
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

PENYATA SARAAN DARIPADA PENGGAJIAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2024 (BORANG EC) UNTUK TUJUAN CUKAI PENDAPATAN

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Borang EC tahun 2024 telah dimuat naik dalam Portal Staff UMS dan boleh dicapai melalui alamat https://iics.ums.edu.my seperti berikut:

Nama pengguna : alamat emel UMS

Kata laluan : sama seperti kata laluan emel UMS

ATAU melalui

Aplikasi : UMS Go Super App

Menu ▶ FINANCE ▶ EC FORM ▶ Pilih tahun

 

Sehubungan itu, YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk membuat semakan dan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang pindaan atau perubahan terhadap Borang EC berkenaan selewat-lewatnya pada atau sebelum 17 Februari 2025 (Isnin) untuk tindakan Jabatan ini selanjutnya bagi memastikan data pengajian bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 dapat dikemukakan dengan lancar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sebarang perubahan atau pertanyaan berkaitan Borang EC 2024 bolehlah berhubung di talian 088 - 320 000 sambungan 200519 atau melalui alamat emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Bayaran Pembekal & Kakitangan

Jabatan Bendahari

07 Februari 2025

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Kejuruteraan

 

Kenyataan Jualan Lelongan Aset Alih Fakulti Kejuruteraan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
 
Sukacita dimaklumkan Fakulti Kejuruteraan akan mengadakan "Jualan Lelongan Aset Alih FKJ” seperti ketetapan berikut:
 
🗓️ Tarikh : 13 Februari 2025 (Khamis)
⏰ Masa : 9.30 Pagi -12.30 Tengah hari
📍 Tempat : Stor Pelupusan, Aras 4, Blok C, Fakulti Kejuruteraan.
 
Sekian, terima kasih.