Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya & Pembangunan Keusahawnan Pelajar, UMS

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari , dengan segala hormatnya dijemput hadir ke

 

MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN 1 FAKULTI 1 KEUSAHAWANAN yang akan diadakan pada

 

? 19 Ogos 2021 (Khamis)

? 10:00 pagi

? Facebook live : @PKPKP.Official

https://www.facebook.com/PKPKP.Official

 

Diharapkan YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari  sudi hadir untuk memeriahkan majlis. Kehadiran YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari amatlah dihargai dan dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Mata MySDP,IDP & E-Sijil akan diberikan

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS

 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

 

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM PENGEMBANGAN ILMU WACANA KRAF 2021

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia akan mengadakan program Pengembangan Ilmu Wacana Kraf "Keunikan Warisan Tekstil Etnik" secara langsung atas talian menerusi applikasi Zoom & Youtube Channel KrafTV .

 

Program ini bersiaran seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 16 Ogos 2021 / Hari : Isnin

Waktu : Jam 10.00 pagi

 

Saksikan secara live “PROGRAM PENGEMBANGAN ILMU WACANA KRAF - KEUNIKAN WARISAN TEKSTIL ETNIK” di pautan webinar berikut:-

 

https://zoom.us/j/97027810352?pwd=NGoxK2JpaTUyOXoxdE04amExNWp1dz09

 

Sertai kami dengan mendaftar di pautan berikut:-

 

https://qrgo.page.link/Nhe2x

 

Nota: Penyertaan adalah terbuka kepada semua pihak dan sijil penyertaan digital turut disediakan.

 

Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh tuan/puan amat kami hargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Karnival Sains Sabah (KSS) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah (KSTI) telah dilancarkan pada 05 Julai 2021 yang lepas dan pelbagai aktiviti telah disediakan dan salah satunya adalah webinar daripada Universiti Malaysia Sabah. Sehubungan itu, YBhg. Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan adalah dijemput untuk mengikuti sesi webinar yang akan diadakan pada ketetapan berikut;

 

 

16 OGOS 2021 (ISNIN)

 

 

Masa             : 10.00 – 11.00 pagi

Tajuk             : Perkongsian Inovasi Komersial & Inovasi Pasca Covid - 19

Penceramah   : Prof. Madya Dr. Jidon @ Adrian Janaun (Pengarah, PPIP)

Moderator      : En. Alvin Azril Mahat (Ketua Pentadbiran, PPIP)

Pautan           : https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=ma2c4d9053b85aaf7dbb3bb181b929066 dan Facebook UMS.official

 

 

 

Masa             : 2.30 - 3.30 petang

Tajuk             : Sains dan Al-Quran

Penceramah   : Dr. Mohd Azizul Bin Ladin [Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FKJ]

Moderator      : Muhammad Zulhelmi Bin Baba (Pelajar Tahun 3, FKJ)

Pautan           : https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=ma2c4d9053b85aaf7dbb3bb181b929066 dan Facebook UMS.official

 

 

17 OGOS 2021 (SELASA)

 

 

Masa             : 10.00 – 11.00 pagi

Tajuk             : Penekanan Kesejahteraan sepanjang Musim Pandemik dari sudut Sains Kesihatan

Penceramah   :

1. Prof. Madya Dr. D. Maryama Ag. Daud (Ketua Unit HEAL, FPSK)

2. Dr. Fatimah Ahmedy (Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Ketua Unit Perubatan Rehabilitasi, FPSK)

Moderator      : Noor Harmiza Binti Subash Hassan (Pelajar Perubatan Tahun 4 FPSK)

Pautan           : https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=ma6d113396abbfdfb826a4fcb0cebfe46 dan Facebook KSSABAHOFFICIAL

 

3. Untuk makluman YBhg. Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan, e-sijil akan diberikan oleh pihak KSTI kepada setiap peserta yang mendaftar di pautan https://forms.gle/1vdAUeUhpALtJLyKA ketika sesi webinar berlangsung. Pihak UMS juga akan memberikan mata IDP kepada peserta yang membuat pengesahan kehadiran melalui pautan berikut: 16 Ogos 2021 (https://qrgo.page.link/HcHjS); 17 Ogos 2021 (https://qrgo.page.link/xiqWT). Mohon jasa baik untuk menguar-uarkan kepada setiap Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Akademi/Unit masing-masing.

 

Kesudian dan sokongan YBhg. Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan menghadiri webinar ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

 

 

Any inquiry, kindly contact us through WhatsApp

088-320232, or email at Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Thank you.