Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Karnival Sains Sabah (KSS) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah (KSTI) telah dilancarkan pada 05 Julai 2021 yang lepas dan pelbagai aktiviti telah disediakan dan salah satunya adalah webinar daripada Universiti Malaysia Sabah. Sehubungan itu, YBhg. Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan adalah dijemput untuk mengikuti sesi webinar yang akan diadakan pada ketetapan berikut;

 

 

16 OGOS 2021 (ISNIN)

 

 

Masa             : 10.00 – 11.00 pagi

Tajuk             : Perkongsian Inovasi Komersial & Inovasi Pasca Covid - 19

Penceramah   : Prof. Madya Dr. Jidon @ Adrian Janaun (Pengarah, PPIP)

Moderator      : En. Alvin Azril Mahat (Ketua Pentadbiran, PPIP)

Pautan           : https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=ma2c4d9053b85aaf7dbb3bb181b929066 dan Facebook UMS.official

 

 

 

Masa             : 2.30 - 3.30 petang

Tajuk             : Sains dan Al-Quran

Penceramah   : Dr. Mohd Azizul Bin Ladin [Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FKJ]

Moderator      : Muhammad Zulhelmi Bin Baba (Pelajar Tahun 3, FKJ)

Pautan           : https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=ma2c4d9053b85aaf7dbb3bb181b929066 dan Facebook UMS.official

 

 

17 OGOS 2021 (SELASA)

 

 

Masa             : 10.00 – 11.00 pagi

Tajuk             : Penekanan Kesejahteraan sepanjang Musim Pandemik dari sudut Sains Kesihatan

Penceramah   :

1. Prof. Madya Dr. D. Maryama Ag. Daud (Ketua Unit HEAL, FPSK)

2. Dr. Fatimah Ahmedy (Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Ketua Unit Perubatan Rehabilitasi, FPSK)

Moderator      : Noor Harmiza Binti Subash Hassan (Pelajar Perubatan Tahun 4 FPSK)

Pautan           : https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=ma6d113396abbfdfb826a4fcb0cebfe46 dan Facebook KSSABAHOFFICIAL

 

3. Untuk makluman YBhg. Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan, e-sijil akan diberikan oleh pihak KSTI kepada setiap peserta yang mendaftar di pautan https://forms.gle/1vdAUeUhpALtJLyKA ketika sesi webinar berlangsung. Pihak UMS juga akan memberikan mata IDP kepada peserta yang membuat pengesahan kehadiran melalui pautan berikut: 16 Ogos 2021 (https://qrgo.page.link/HcHjS); 17 Ogos 2021 (https://qrgo.page.link/xiqWT). Mohon jasa baik untuk menguar-uarkan kepada setiap Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Akademi/Unit masing-masing.

 

Kesudian dan sokongan YBhg. Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan menghadiri webinar ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

RALAT: Peringatan Untuk Mengisi Borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun 2021 - Bagi Kakitangan Pentadbiran (.pdf)

 

 

YBrs. Dr./Tuan/Puan,

 

PERINGATAN UNTUK MENGISI BORANG LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) TAHUN 2021 – BAGI KAKITANGAN PENTADBIRAN

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Semua kakitangan pentadbiran adalah WAJIB melengkapkan maklumat dalam borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pada awal tahun penilaian dan kemudian melengkapkan LNPT pada akhir tempoh penilaian.

 

3. Sehubungan itu, mohon agar semua kakitangan pentadbiran UMS mengisi borang SKT sebelum atau pada 31 Ogos 2021 dan melengkapkan borang LNPT sebelum atau pada 31 Disember 2021.

 

Sekian, harap maklum.

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

 

 

Any inquiry, kindly contact us through WhatsApp

088-320232, or email at Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Thank you.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

Bagi memastikan semua sistem yang ada beroperasi dengan baik dan lancar, dimaklumkan bahawa pihak JTMK di bawah kendalian Infrastruktur Pusat Data akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pelayan untuk sistem-sistem seperti berikut:

 

SISTEM TERLIBAT DENGAN PENYELENGGARAAN PELAYAN/SERVER

-              Sistem Bookstore            

-              Sistem Aset

-              Website FKI

-              Website JTMK

-              Sistem Overtime             

-              Sistem VTLS

-              Sistem MyHutang           

-              Sistem PML

-              Sistem E-Jobs    

-              Sistem BPA

-              Sistem HROnline              

-              Sistem Live Helper

-              Sistem SmartV3

 

Tarikh: 14 Ogos 2021 (Sabtu)

 

Masa: 8.00 Pagi Sehingga 5.00 Petang

 

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, sistem akan mengalami sedikit gangguan/tidak dapat di akses untuk sementara waktu.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali