Pengumuman Daripada: BIRO PUBLISITI & PENERANGAN PPUMS

Subjek: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PPUMS) KALI KE-14
 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Pengurusan Dan Profesional Universiti Malaysia Sabah kali ke-14 (MATPPUMS14) akan diadakan mengikut ketetapan yang berikut:

 

TARIKH         : 28 SEPTEMBER 2020 (ISNIN)

MASA             : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG

TEMPAT         : BANKUASI, DEWAN CANSELOR UMS

 

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dengan hormatnya dijemput menghadiri MATPPUMS14 tersebut. Pengesahan kehadiran dan borang cadangan usul boleh diisi melalui url di bawah seperti dalam butiran berikut;

 

PERKARA

TARIKH

(sebelum atau pada)

URL

Pengesahan Kehadiran

14 Sept 2020 (Isnin)

https://tinyurl.com/hadirppums

Borang Cadangan Usul

18 Sept 2020 (Jumaat)

https://tinyurl.com/borangusul

 

 

Bersama surat ini dilampirkan Atur Cara Majlis untuk rujukan dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

 

Segala perhatian, kerjasama dan sokongan tuan/puan amat dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.


Yang Ikhlas,
 
ROSNITAH BINTI GUMPAR
Setiausaha PPUMS
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel  : 60 88 320 000 Ext: 1436
Fax  : 60 88 320 232

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Subjek: Kempen Kesedaran Bulanan “Jom Guna Google Drive”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Universiti Malaysia Sabah menggunakan Sistem Email Google For Education Suite. Oleh yang demikian setiap pengguna memiliki Google Drive Sendiri untuk tujuan Penyimpanan/Backup data mahupun kongsi dokumen.

Sebagai Langkah kempen Kesedaran bulanan, pengguna adalah digalakan untuk membuat Salinan dokumen ke dalam Google Drive bagi mengelak isu kehilangan dokumen atas sebab kerosakkan Komputer atau sebagainya.

Walaubagai manapun ingin di ingatkan bahawa penyimpanan data yang melanggar hak-hak kepenggunaan (Contoh: menyimpan dan mengkongsikan Video/wayang cetak rompak) boleh menyebabkan akaun email pengguna di tutup oleh pihak Google.

 

Dokumen anda boleh di muatnaik / simpan di dalam Google Drive yang disediakan oleh Pihak Google  

Rujuk link bagi penggunaan Google Drive.
https://support.google.com/drive/answer/2424384?hl=en

Untuk makluman Google for Education menyediakan storan tanpa had pada setiap pengguna.
https://support.google.com/a/answer/139019?hl=en

Sekian terima kasih.