Pengumuman Daripada: Ahli Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah  

Subjek: Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kesumba Kali Ke-23

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita  dimaklumkan  bahawa Mesyuarat Agung Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti  Malaysia  Sabah  kali  ke-23 (MAT KESUMBA)  akan  diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 27 Ogos 2020 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat: Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori, UMS

  1. Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Datin/Prof/Dr/Puan/Cik kehadiran secara fizikal adalah terhad50 orang ahli KESUMBA sahaja sepanjang mesyuarat ini berlangsung. Kekangan kehadiran ini adalah disebabkan mengikuti Prosedur Operasi Standard Norma Baharu disebabkan pandemik Covid-19. Ahli yang tidak dapat hadir secara fizikal boleh mengikuti Mesyuarat Agung ini secara atas talian. 
  2. Sila isikan link https://forms.gle/EuBWMxRbp1KRJ5yQ7untuk pendaftaran hadir secara fizikal ke Mesyuarat Agung KESUMBA kali ke-23. 

Sukacita sekiranya puan dapat mengemukakan Borang cadangan Usul kepada Puan Stella@Nurul Martini Gontol (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau kepada Puan Dk. Masniah Ag. Madaud (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) pada atau sebelum 17 Ogos 2020 (Isnin). Dilampirkan bersama ini Atur cara Majlis dan Borang Cadangan Usul untuk tindakan selanjutnya.

Segala kerjasama dan sokongan puan amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

'MAJU SEHATI'

Borang Usul MAT-23 (.docx)
Notis MAT-23 (.pdf)
Aturcara MAT-23 (.pdf)

Pengumuman Daripada : Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), Jabatan Pendaftar
Subjek: Jom Sertai Seminar KreaNova Dalaman: Memperkasakan Sistem Penyampaian, Melestarikan Kualiti

Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ) membuka Klinik Kualiti (KQ) untuk bersama-sama memantapkan Pengurusan Kualiti di UMS. Ini merupakan sebahagian aktiviti (Bonding, Engagement and Synergy) BONENSY bagi menyemarakkan aktiviti Tahun KREANOVA.

Kepada JFPIB yang berminat mohon lengkapkan borang temujanji https://forms.gle/2BUr57H73P6krcTP6 untuk diselaraskan dengan jadual BPQ. Sekian.

MEMBUDAYAKAN KUALITI DAN KREATIVITI, MEMPERKASAKAN INOVASI 

Pengumuman Daripada: Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), UMS
Subjek: Kad Ucapan Selamat Menyambut Hari Orang Asal Sedunia 2020

INFO HEBAHAN SAMBUTAN “HARI ORANG ASAL SEDUNIA” TAHUN 2020

Sambutan ‘Hari Orang Asal Sedunia’ merupakan sebuah sambutan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia berhubung kewujudan Deklarasi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak-Hak Orang Asal. Ia disambut secara universal pada tarikh 9 Ogos setiap tahun. Sambutan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Negeri Sabah pada tahun 2019 telah diadakan di Dewan Terbuka Hongkod Koisaan Cultural Village (KDCA), Penampang pada 8-9 Ogos 2019 dengan pelbagai pengisian acara antaranya forum, persembahan kebudayaan dan pameran khas mengenai kesenian, pakaian serta makanan tradisi etnik-etnik Orang Asal Sabah. Sebagai sebuah institusi yang menerajui penyelidikan mengenai Orang Asal di Borneo dan Sabah khususnya, Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah turut memikul tanggungjawab untuk terus memupuk kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan memulihara nilai budaya, adat, dan bahasa Orang Asal. Oleh itu, bersempena dengan kehadiran tarikh 9 Ogos ini, BorIIS juga mengambil peluang untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI ORANG ASAL SEDUNIA 2020.