Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran & Governan, Jabatan Pendaftar
Subjek: Peranan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) UMS

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera…..

Tahukah anda apa peranan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ)?

Ketua Jabatan WAJIB melantik seorang pegawai dari kakitangan sedia ada di jabatan sekurang-kurangnya Gred 29 dan keatas untuk menjadi Pegawai Rekod Jabatan dan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftar.

Berikut merupakan tanggungjawab Pegawai Rekod Jabatan (PRJ)

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan PRJ, sila hubungi Bahagian Pentadbiran & Governan, Jabatan Pendaftar di talian 088-202230.

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek: Penyalinan Dokumen

Semua warga UMS dikehendaki untuk melakukan penyalinan dokumen anda bagi mengelak kehilangan dokumen pada masa yang tidak dijangka. Tujuannya adalah memastikan tugasan anda tidak tergendala dan berjalan dengan lancar.

Dokumen anda boleh di salin/ simpan dalam Google Drive yang disediakan oleh Google for Education.

Rujuk link bagi penggunaan Google Drive.
https://support.google.com/drive/answer/2424384?hl=en

Untuk makluman Google for Education menyediakan storan tanpa had pada setiap pengguna.
https://support.google.com/a/answer/139019?hl=en

Sekian terima kasih.

Peringatan daripada JTMK:

1.      Atas isu keselamatan, sila abaikan emel yang meminta Password Webmail UMS anda.
2.      Sila berhubung dengan Pihak JTMK jika tidak pasti kesahihan email berkenaan.