Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Subjek : Makluman Penggunaan Sistem Permohonan Pertukaran Tempat Bertugas Kakitangan Pentadbiran
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa kakitangan pentadbiran UMS kini boleh membuat permohonan Pertukaran Tempat Bertugas (PTB) untuk sesi Januari 2020 secara atas talian melalui laman sesawang https://registrar.ums.edu.my/staff/web/ptb/index
2. Akses permohonan akan dibuka bermula pada 1 Oktober 2019 dan tamat pada 31 Oktober 2019. Garis Panduan dan Manual Pengguna boleh didapati dalam sistem tersebut.
3. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:
a) Seksyen Perjawatan, BSM:
1. Encik Ismail Ladama (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / samb. 1444)
2. Puan Norfirdayu Ibrahim (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / samb. 1523)
b) Unit ICT, BSM (Teknikal Sistem):
1. Cik Hafizah Hassan (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / samb. 1144)
Perhatian YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Sekian.