PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK: JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH NUZUL AL-QURAN DI MASJID UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1440H/2019M
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
 
YBhg. Prof. Datuk/ Prof. Datin/ Dr./ Tuan/ Puan
 
 
JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH NUZUL AL-QURAN DI MASJID UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1440H/2019M
 
Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam  akan mengadakan  Ceramah Nuzul Al-Quran 1440H/2019M di masjid UMS pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh      : 22 Mei 2019 (Rabu)
Masa       : 6.30 petang – 7.35 malam
Tempat     : Masjid UMS
Penceramah : Ustaz Mohammad Syafiq Bin Ismail
 
3.         Sehubungan itu, dengan sukacitanya pihak kami menjemput YBhg. Prof. Datuk/ Prof. Datin/ Dr./ Tuan/ Puan dan semua warga UMS untuk menghadiri ceramah tersebut. Semoga majlis ini akan menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.
 
Sekian dan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT KECEMERLANGAN PENGAJARAN DAN KUALITI AKADEMIK
SUBJEK: JEMPUTAN KE MAJLIS PERKONGSIAN ILMU, AMALAN PENDIDIKAN TERKINI
 
Jemputan ke majlis perkongsian ilmu:  Amalan Pendidikan Terkini oleh Y. Brs. Prof. Madya Dr Wan Zuhainis binti Saad.  Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, JPT
 
  • Tarikh: 22 Mei 2019 (rabu)
  • Masa: 2.30 - 4.00 petang
  • Tempat: Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori

PENGUMUMAN DARIPADA: KESUMBA
SUBJEK: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KALI KE-22 (MATKESUMBA22)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.       Sukacita  dimaklumkan  bahawa Mesyuarat Agung Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti  Malaysia  Sabah  kali  ke-22 (MAT KESUMBA)  akan  diadakan mengikut ketetapan berikut:
 
Tarikh             :           26 Jun 2019 (Rabu)
Masa               :           8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat           :           Galeri Canselori, UMS
 
03.       Sukacita  sekiranya  puan  dapat  mengemukakan  Borang  Cadangan  Usul  dan Borang  Penamaan  Calon  kepada  Puan Stella@Nurul Martini Gontol  (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) samb.1410/ Puan Nurul Izza Binti Md Nordin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)  samb611419  pada  atau  sebelum 10 Jun 2019 (Isnin). Dilampirkan bersama ini Atur Cara Majlis, Borang Cadangan Usul dan Borang Penamaan Calon untuk tindakan selanjutnya.
 
Segala kerjasama dan sokongan puan amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
'MAJU SEHATI'

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: PELAWAAN BAGI PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 3/2019
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap yang belum disahkan dalam jawatan dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar
 
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 21 Jun 2019 (Jumaat).
 
Sekian, terima kasih.
 
Yang ikhlas.